Sunday, December 1, 2013

Strawberry Bun


Assalamualaikum..

Salam ahad semua.. Apa projek arini? LM lepaking saja la kot sebab badan sangat la rasa tak larat. Panas berapi rasa badan ni.

Mujurlah dua hari lepas walau dah rasa badan kurang sihat petang sebelum maghrib tu sempat LM adun doh roti strawberry untuk budak- budak ni. Ni akibat pandan bun yang tabur coklat rice tu tak cukup la ni. Ahaha



Ini lah kejadian strawberry bun LM. Alhamdulillah hingga pagi ni masih gebus elok macam bun mighty white yang kita beli kat kedai tu.

Bila tak sihat ni rasa syukur sangat sebab aritu buat roti. Maka takda lah pening kepala nak fikir apa makanan sampingan untuk budak- budak ni.

Kalau ikut pendapat LM yang lidah melayu ni lebih gemar bun perisa pandan tapi anak lebih minat strawberry. Ermm lain kali nak buat campur- campur saja la kot. Tapi... Kalau pakai bm nak campur macam mana pulak. Huhuhu. Kalau uli tangan boleh la asing- asingkan.

Takpelah.. Janji anak suka dan kenyang. Janji sedap di tekak mereka. Tempahan roti dibuka semula mulai esok. Penghantaran seperti biasa pakai pos laju ye kawan2.
www.tips-fb.com

3 comments:

Hanih Borhan said...Reply To This Comment

Cerahnya colour dia! Macam sedap je, macam sedap je ;p

Hafizin Jamil said...Reply To This Comment

orang laki makan tak roti pinky yang cute ni kak.. hehe

Mrs. Abi said...Reply To This Comment

pergh!!!! teringin nak buat bun tapi masih belum berkesempatan!! arghhhh jelesnyaaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...