Tuesday, December 3, 2013

Tips Menjagaan Kuku

Assalamualaikum.. Salam selasa buat semua. Hari ni super busy. Banyak kain nak kena urus memandangkan dah berapa hari hujan turun tak berhenti. Banyak kain tak diurus.Harap harini panas dapat mengeringkan kain di jemuran. Demam masih tak sembuh juga, tubuh rasa sejuk dan menggigil.

Okey, kesempatan yang ada ni LM nak share tip menjagaan kuku. Kuku yang bersih, pendek, kemas dan elok rupanya memberi kan kita imej yang baik. Kalau kita mempunyai kuku yang kotor, nampak tak terurus bila orang nak salam mereka pasti akan pandang jari jemari kita kan? Err potong markah.. Hehehe.

Kalau nak sediakan makanan pun orang tak sudi makan sebab kuku tak bersih. Selain memiliki kuku bersih, tiap orang pasti onginkan kuku yang cantik. Jom kita share petua untuk mendapatkan kuku menawan .

Petua Tradisional


Kuku tangan atau kuku kaki kadang-kadang mudah berubah warna menjadi kehitaman atau kekuningan menyebabkan ia kelihatan tidak menarik.

Cara mudah, tuangkan cuka di atas kuku tadi dan gosok dengan kain lembut. Kemudian bilas dengan air suam. Pasti warnanya akan kembali berseri.

Selain itu boleh juga mengunakan hirisan buah lemon dengan di gosokkan pada jari dan kuku anda, biarkan 5-10 minit dan dibilas. Boleh amalkan selalu..

Boleh juga mencuba dengan menggunakan bawang putih yang dibelah dua. Gosok pada kuku kaki hingga warnanya kembali berseri dan berkilat. Kemudian bersihkan.

Bahan yang mudah dan murah kan? So... Lepas ni takda masalah lagi untuk kita tangani kuku kaki atau kuku tangan yang kelihatan kusam tak berseri. Kita boleh merawat kuku kita sendiri dari rumah.

P/s: jom tampil menawan.
www.tips-fb.com

3 comments:

sud@is said...Reply To This Comment

tq LM petua simple tak payah kluar modal tapi bermanafaat

salmiah said...Reply To This Comment

thanks atas perkongsian..nice blog..

http://mamaanisshop.blogspot.com/

Kira Sakura said...Reply To This Comment

a'ah kak senang je. murah pulak tue.

xyah bazie duit nak medicure pedicure

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...