Monday, March 10, 2014

Resepi Aiskrim Yogurt Ala Tutti Fruitty

Assalamualaikum... Ni saya sertakan resepi tutti fruitty yang saya buat tempoh hari. Saya google terjumpa resepi ni.

1 cawan rasberry yogurt( saya guna mix fruit)
1 cawan whiping cream
1/4 cawan susu cair(saya guna fresh milk)
2 sudu besar susu pekat manis
1 cawan buah rasberry(x letak)
5 sudu besar gula halus
1 sudu kecil ovalette
1/8 sudu kecil garam
1 sudu kecil lemon jus
buahan secukupnya - ikut citarasa
1-2 titik pewarna merah - jika perlu

Cara

1. Dalam pengisar masukkan buah rasberi, yogurt, gula dan susu cair dan kisar sehingga buah hancur.

2. Dalam bekas yang cukup besar tuang bahan yang dikisar tadi, masukkan whiping cream, garam, susu pekat, ovalette dan lemon jus. Kemudian putar sehingga semuanya sebati dan kembang selama 5-7 minit.

3. Masukkan adunan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk sehingga keras sepenuhnya dalam 7-8 jam atau semalaman.

4. Boleh la dihidangkan bersama buahan pilihan.

Jika korang nak buat perisa coklat gunalah yogurt yg plain tu lepas tu boleh tambah serbuk koko.

Selamat mencuba...



Memang sedap makan time panas2 ni. Letak la buah apa yang korang suka:)
www.tips-fb.com

6 comments:

D.Shahril Hakime said...Reply To This Comment

boleh buat byk2... dan tak semahal tutti fruiti

ana said...Reply To This Comment

Tenkiu sharing. Kita nk try. Sedap2...

deno said...Reply To This Comment

thanks akak :)

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

LM, kalau buat macam cara LM mmg dapat tekstur mcm dalam gambar tu ke? saya buat, tapi derhaka resepi, hihi,, tak buh ovelete dan jus lemon, hasilnya macam keras sikit. ke lebih cecair.. saya masuk susu segar 3/4 sebab saya guna dua bekas yogurt yg kecil

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

buat sendiri lg puas hati kan kak.. :)

Mar Effendi said...Reply To This Comment

Macam best lar..must try lepas ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...