Friday, March 28, 2014

Resepi Roti Manis Gebu


Assalamualaikum..

Kali ni LM nak share satu resepi roti manis yang gebu. Kebanyakan resepi lebih kurang sama saja sebenarnya, tapi takpalah, LM share sini agar boleh jadi panduan kepada mereka yang berminat nak uli roti gebu dan terjamin kebersihan buat family tersayang.




Halus dan lembut...

Bahannya:
500 gram tepung roti atau tepung gandum
1 biji telur
11 gram yis( LM kurangkan jadi 8 gram)
5 gram garam
5 gram bread improver
20 gram susu tepung
80 gram gula caster
220-230 ml air(ikut cuaca dan kualiti tepung)
70 gram butter
2 sudu besar water roux(optional)

Cara buat water roux
10 gram tepung gandum di campur 50 ml air di masak dgn api perlahan.apabila mendidih matikan api. Sejukkan.

Caranya: gaul rata bahan kering, lubangkan tengah2 dan masukkan telur. Gaul jadikan seperti serbuk roti dan masukkan butter, water roux dan butter. Uli hingga licin dalam 30 minit. Biar naik dua kali ganda dlm 45 minit

Timbang doh 50 gram tiap doh dan bulat2 kan.tutup dgn kain lembab 15 minit. Bulatkan semula untuk buang angin dan bileh letak inti kesukaan.

Biarkan naik dua kali ganda. Sapu atasnya dengan susu segar atau kuning telur. Bakar 20 minit dengan api 170-180 degree mengikut saiz oven.





Yang ni belum bakar lagi.. Boleh letak apa saja yang kalian suka, badam, coklat urai atau inti kaya atau coklat.

Selamat mencuba:)
www.tips-fb.com

3 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Puas menguli dan makan kalau gebu macam ini kan dik..

zana fahmi said...Reply To This Comment

jeles tengok org buat roti cantik je...

D.Shahril Hakime said...Reply To This Comment

boleh buat banyak2...... lagi pueh hatiii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...