Monday, March 31, 2014

White Coffee Hazelnut


Assalamualaikum



Kalian penggemar kopi? Abaikan jika kalian tak suka minum kopi. Saja nak cerita pasal kopi sebab minuman ni adalah kegemaran saya sejak dulu lagi.

Zaman kecik-kecik saya suka kopi o cicah biskut tawar yang kecik-kecik tu. layan time hujan memang syok.

Bila dah besar ni( eh besar ke? Ekeke) suka kopi yang bersusu@ berkrim. Kalau bileh dalam sehari dapat satu mug pun jadi lah. Ketagihan yang tak keterlaluan tapi boleh juga nak dikatakan teruk kot sebab asik terkenang kalau tak minum dalam sehari, ehehe.

Sebenarnya coffee hazelnut ni asalnya encik cinta yang bawa balik untuk saya. Bila minum terus suka sebab baunya yang harum dan rasanya yang... Perghh.

Sebab tiap hari encik hati terpaksa bawa balik untuk saya makanya saya rasa baik buat sendiri lagi jimat. Boleh minum bila- bila masa.

Semalam saya cuba beli white coffee hazelnut ni harganya rm14.90 kalau tak silap. Ada 18 stick dalam dia. Ada promosi kot 15 stick percuma tiga stick. Rasa dia lebih kurang sama macam yang encik cinta selalu bawa balik, so lepas ni tak perlu tunggu dia bawakan kopi lagi.. Yihaa.

P/s: cerah mata lepas minum kopi. Boleh sambung lipat kain dalam kesejukan hujan-hujan ni
www.tips-fb.com

2 comments:

D.Shahril Hakime said...Reply To This Comment

hazelnut?? ... makin lemak le rasa kopi tu kan... mmg sedap..... awok pu gemo minum kopi/teh paneh......yg sejuk ni macma tak kena je bila minum....

Scarlett O'Hara said...Reply To This Comment

Inilah kegilaan akak sekarang.Hari tu ke Old Town minum juga tapi tak sesedap yang dlm paket tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...