Thursday, April 10, 2014

Bangun Lewat

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Alhamdulillah LM sihat sejahtera cuma stress air masih belum muncul. Uhukkk bila masuk hari ke tiga memang air simpanan makin berkurang, kain menimbun buat hati jadi resah.

Janji pagi tapi biasanya air keruh tu akan sampai menjelang maghrib. Seksa betul. Katanya catuan air di selangor ni akan berlanjutan hingga ramadhan ke syawal. Astaghfirullah.... Tabah ke saya untuk hadapinya?

Akibat badan yang terlalu letih bertungkus lumus buat tart nenas berbalang-balang semalam, lepas maghrib sambung buat roti pulak beraneka jenis (roti pandan, roti coffee, roti buttermilk, roti cheese) lepas tu busy membalut tart pula untuk di pos pagi ni . Dapat lelapkan mata kira- kira jam 1 am kot.. Tup-tup sedar pukul 6.50 am saat van sekolah maisarah hon hon depan pagar. Mak aihhh lewat bangun!

Terpisat- pisat kejut anak-anak. Kalut nak solat sebab hari dah cerah. Tu lah dia, kalau badan letih sangat selalu terlajak tidur.

Loyang buat roti malam tadi masih bersepah tak dapat dicuci.Owh air.. Muncul la dikau. Nak kemas rumah pun tak dapat kalau takd air ni.
www.tips-fb.com

5 comments:

Rozita Ismail said...Reply To This Comment

salam..follow disini ye..mmg bila air tiada hilanglah satu lg nikmat hidup..

Hafizin Jamil said...Reply To This Comment

nampaknya habis semua benda terbantut nak buat kaklong.. ujian kot ni kaklong..

D.Shahril Hakime said...Reply To This Comment

alahaiii...tambah2 stress cik LM..... berat mata memandang...berat lagi bahu yang memikui..... sabo le cik LM..... ni nak mandi lebih2 pun takut ayo habeh kan........ tapi tu dia la...rezeki tak putus2 masuk.....

Kira Sakura said...Reply To This Comment

boleh paham kesusahan akak tue. sabar la ye kak. jaga kesihatan tau

sud@is said...Reply To This Comment

tabahnyanya LM memenuhi permintaan kawan-kawan..dengan ketiadaan air..
terasa kepenatan Lm melalui n3 nii...
Apa pun tahniah moga menjadi usahawan berjaya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...