Friday, April 25, 2014

Bento

Assalamualaikum

Salam jumaat buat semua. Maaf lambat update sebab busy sangat dari pagi ditambah pula kesihatan diri agak merosot sejak beberapa hari ni.

Akibat busy dan tak sihat, ini saja bento untuk azhad hari ni



Bento@ o-bento berasal dari istilah bahasa jepun yang bermaksud bekalan nasi yang dimasak sendiri dari rumah atau dibeli yang dihias cantik untuk sarapan, lunch atau piknik.

Biasanya bento ni disiapkan untuk hidangan seorang makan. Tapi boleh juga jika dimakan bersama rakan lain.

Keunikan bento biasanya ia comel dan menarik minat untuk dimakan kerana dihoas cantik dan mengandungi pelbagai jenis dalam sesuatu hidangan tu.

Dalam bento sepatutnya mengandungi hidangan seimbang. Maka... Jika hidangan tu tiada sayur perlu kita letak buah juga sebagai pelengkap bento kita tu.

P/s: walau simple, air tangan ibu dari rumah tu lebih enak dan baik untuk pertumbuhan anak-anak.. Alhamdulillah.
www.tips-fb.com

1 comments:

D.Shahril Hakime said...Reply To This Comment

oooo.... ok .... bento tu bukan le merujuk pada pasta tu rupanya..... kire macam bekal la... tapi lebih lawo....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...