Friday, April 18, 2014

Boleh Dia Buat Diam Je?

Salam Jumaat buat semua

Sebenarnya saja nak share cerita sementara menanti doh roti naik. Huhu.. Dilema juga bila berniaga walau kecil- kecilan ni rupanya.

Tau tak.. Bila ada orang teruja nak beli barang LM ni terus kumpul order dan biasanya akan pos sekali harung. LM ni busy dengan aktiviti harian urus anak dan rumah di samping perlu urus diri sendiri ( nak manicure bagai kan? Ahaks)

Kalau setakat harga barang rm15, rm25.. Tak la sampai beratus tu LM ni berani la pergi pos barang dulu sebab malas nak keluar masuk pergi beratur di pos laju tu, belum kira duit minyak ke sana lagi kan., nak-nak kalau terpaksa pakai first car sebab myvi bos besar bawak.. Haaa lagi modal minyak nya banyak.

Sebab kesibukan, dasar sahabat dan kepercayaan, maka memang LM pos kebanyakan barang sebelum mereka bayar.

LM ni takda internet banking, sah- sah la tak tau pergerakan duit dalam bank tu. Ada yang jenis cakap je dah bank in padahal harga barang tu rm15... Korang pikir apa?? Boleh ke masukkan duit rm5 dalam mesin tu? Hurm?? Setahu LM kalau transfer dari akaun kita boleh la dengan cara camtu kan? Sebab LM ni ligat beli barang online so memang selalu transfer duit.

Tu satu hal.. Lagi satu hal, dah la diam sepi bila kita dah bagi tracking number dia tak reply apa buat senyap . Barang dah sampai pun dia tak bagi tau. Kadang tu LM malas tanya barang dah sampai ke belum sebab dia buat tak tau saja . Kalau tak sampai mesti dia sibuk bagitau tak sampai kan? Mesti kecoh takut kita tipu duit dia kan? Tapi .. Persoalannya, siapa yang rasa tertipu? Dia senyap sebab belum bayar ke? Owh sungguh musykil. Kalau dah bayar bagi tau. Selalu LM pesan gitu tapi ramai yang anggap remeh.

Mulai minggu depan siapa nak barang LM akan pastikan mereka bayar dan tunjuk bukti dulu baru pos. kalau rm25 tu memang sikit, tapi bila 4 orang buat gitu lepas jugak duit facial kan? Grrr . Haaa tu kalau 4 orang , kalau setahun berapa orang ek?

Kalau nak fikir, tak kan lah orang nak tipu benda camni. Tapi kemungkinan tu ada . Hurmm malas fikir banyak dah. Barang dah sampai pun payah nak bg tau ke? Kalau tanya berjela produk kita boleh pula taip banyak- banyak. Haish haishhhh

P/s: tuan tanah masih migrain ni, berdenyut kepala macam nak retak tapi gagahkan diri buatkan roti utk insan yg dah rindu roti kak LM katanya..nampaknya orang putrajaya rajin turun sini ambik roti tiap minggu.. Alhamdulillah..
www.tips-fb.com

4 comments:

ieda immi said...Reply To This Comment

lamanya x jenggah adik ..
TQ sudi singgah teratak akk ;)
miss u

D.Shahril Hakime said...Reply To This Comment

aiiii... barang makan pun ada yang buat camtu?? ...ingat kome.... kang jadi darah daging jenuh..... nak jawab kat sana nanti!

Mama Safiy Arfan said...Reply To This Comment

alamak ad jugak ke manusia mcm tu? dgn kwn sndiri pn nak kencing.. LM murah hati sgt..xjumpa lagi sy peniaga on9 hantar brg dulu sblm byr walaupon atas dasar kwn.huhu....

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Macam2 dugaan ya LM. Jangan sedih..kuatkan semangat..doa byk2 minta dimudahkan urusan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...