Saturday, April 12, 2014

Catuan Air Di Selangor





Assalamualaikum...

Kisah catuan air lagi. Hurmm baru dapat tau rupanya catuan air ni akan berlangsung hingga tiga bulan lagi. Uiks..maknanya sampai bulan puasa dan raya la kan?

Okey, nampak sangat kena buat lauk frozen dan kuih frozen. Sekali buat karipap tu buat utk dua kali makan. Planning kena bijak, hari yang ada air boleh bua kuih kukus dan kuih goreng difrozenkan. Bahaya pula kalau nak beli sebab ye la...orang tu masak banyak belum tentu dia basuh bersih nak-nak air takda dua hari tu..erk, masuk tiga hari sebenarnya. Ye la, kalau janji pagi ada air, petang baru air muncul tau!

Raya takda air? takpe..kita tak perlu buat open house. ekeke, siapa datang terjah kat umah makan biskut kering je. Siapa call kita minta dia datang time air ada. Mudah kan?

Baru lah tahun ni berangan nak ambil tempahan biskut raya dah tersentap dek catuan air. Okey, jangan panik...kita buat kuih time air ada je. Apa mau pening2 kan? Tempahan roti pun saya ambil time ada air je, malas nak pening-pening. Apa yang penting kita bagi pelanggan sesuatu yang berkualiti dan memuaskan hati mereka. 

p/s:err musim catuan air ni tak perlu la beli makanan luar sebab ngeri kot nak bayangkan tahap kebersihan tu

www.tips-fb.com

4 comments:

Shark Kay said...Reply To This Comment

mmg perit kalau xdek sampai puasa nnti.
cmner ler org nk buka bazar nnti.
hope ada ler penyelesaian nnti.

Follower baru kt cni :)

Hafizin Jamil said...Reply To This Comment

ngeri jugak kaklong kalau main dengan 2 3 bulan air terhad ni.

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

lamanya catuan air di sana...huhu sabar ye awak

D.Shahril Hakime said...Reply To This Comment

sabo cik LM... sesekali Allah menguji kita.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...