Friday, April 4, 2014

Catuan Air

Assalamualaikum...

Hari ni hari pertama catuan air bermula di kawasan kami. Baru setengah hari saya dah stress. Nak masak pun susah air takda kat sinki dapur:(

Lagi sakit jiwa kebetulan pembantu yang datang membersihkan rumah tu duk basir air. Awal- awal dah pesan tak perlu cuci bilik mandi. Tapi lepas dia mengemop boleh pulak bukak air lama- lama dalam bilik air tu. Dah la saya dah pesan tak perlu basuh mop nanti saya basuh( untuk elak dia bazir air tangki). Tapi dia bukak lagi air banyak- banyak nak cuci mop tu. laju- laju saya suruh dia tinggal nanti saya buat. Air takda ni nanti saya tak mandi pulak( saya cakap dalam nada gurauan, konon cuba buat hati cool)

Aduh, kalau takda air ni memang nak buat apa pun tak boleh. Baru siap buat sambal sotong dengan sotong goreng kunyit aje. Sayur pun tak masak lagi. Pening!

www.tips-fb.com

1 comments:

D.Shahril Hakime said...Reply To This Comment

aduila...seksa nye kena camni cik LM.... sabo le.. masa ni yang seghonok tokeh juei baldi..... mesti untong berlipat kali ganda.... awok pun udah mule risau ni.. sebabnya.. Taiping udah mule kena catu..... besok2 awok tak tau.... takut turun ke Ipoh pulak... jenohhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...