Thursday, April 24, 2014

Cereal Dispenser


Assalamualaikum...

Sejak akhir - akhir ni LM dah dapat hobi baru iaiti online shopping. Ye la, LM ni bukan keluar sangat, so bila jamu mata tu kalau nampak jamu menarik, eh jamu pulak, nampak barang menarik LM ambil terus.



Akibat tak tahan anak asik sepahkan cereal , LM beli jugak bekas ni. Kalau tak memang susah sebab qila ni tak reti nak ikant semula plastik cereal tu so akan melambak tumpah.

Kadang- kadang tu bila simpan berikat saja budak ni malas nak ambil terus lemau dalam simpanan berbulan tak termakan.

Haaa dah kalau ala- ala hotel ni sah-sah sekotak besar cereal tahan dua hari je kan? Hehe.. Kalau biasa susu dutch lady seminggu 5 kotak rasanya lepas ni mau- mau 6-7 kotak dikerjakan dek budak berempat tu.

Asik ulang alik ke situ aje kerjanya. Ikut korang la anak- anak, janji kalian kenyang makan makanan berkhasiat takpe lah. Jangan tumpah sudah.. Dah la air takda jenuh asik nak mengemop lantai pulak.

P/s: bahaya ni asik ketagih berbelanja online. Err tapi LM beli benda yang berguna sebenarnya, cuma... Bila dapat barang tiap hari posmen pun tanya.."esok ada barang lagi?" Ehehe
www.tips-fb.com

2 comments:

SYANI said...Reply To This Comment

Memang cute cereal dispenser tu sbb ada member dah beli. Teringin jugak nak beli tapi dah takde space nak letak kat dapur rumah...

D.Shahril Hakime said...Reply To This Comment

ni beli dari mana ye cik LM.. macam menarik je....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...