Friday, April 18, 2014

Di Buru Waktu

Salam buat semua

Hurmm.. Letih!

Tu saja yang mampu LM ungkapkan. Letih dan longlai hingga terasa jalan pun tak jejak bumi.

Hari ni sepatutnya ada air tapi jam 11 pun air kecil meleleh lagi. Sejak pukul 9 pagi menguli roti memenuhi tempahan dari sahabat putrajaya. Kelam kabut sebab azhad pergi sekolah awal dan aqilah pun balik awal hari ni.

Sebab hari ni cuaca mendung doh roti lambat naik, janji orang nak ambil pukul satu terpaksa saya call minta datang 1.30 sebab tak siap lagi.

Siap urus bab roti terus urus diri dan siapkan makan anak2. Terus suap qila dengan syafiq makan. Bertambah2 anak makan, ummi dah gigil menahan lapar..

Hantar maisarah tuisyen sekolah agama, rehat kejap layan syafiq dan hantar aqilah pula berlatih bola jaring. Terus bawa syafiq ke jusco cari barang dan pukul lima baru sampai rumah.

Balik saja rumah syafiq terus minta sususan tido. Pilih baju kotor basuh baju sebab dari tadi air kecil tak dapat nak putar kain. 5.30 petang, ambil bantal dan angkat syafiq letak dalam kereta pergi ambil maisarah, terus ambil aqilah pula dia balik 5.45 ..

Balik rumah kepala tak tau nak fikir apa yang perlu di buat. Badan dah gigil takda tenaga. Minta maisarah masak nasi laju- laju buat sambal udang dan sup telur dengan kucai(sayur takda stok dah..kucai pun sebab ada tanam sikit)

Tunggu big boss balik main bola tampar, rasa perut pedih nak makan. Owh.. Dia hantar anak tuisyen kejap.. Adehh dah lembik badan ni.

Lepas hantar anak terus senduk nasi ajak big bos makan sebab dah memang tak larat sangat rasa badan.

-mungkin sebab hari ni banyak keluar masuk sebab tu letih
-mungkin juga cuaca mendung maka jangkamasa buat roti jadi lama buat diri keletihan
-mungkin sebab kurang minum air eh x sempat minum sangat..sebab tu enjin macam semput

Apa saja la kemungkinannya , yang saya tau migrain saya tak ok lagi dan saya sangat letih!

Yeayy esok sabtu. Pagi macam biasa ada kursus haji. Tapi.. Ada taklimat pra haji jugak kat UTAS.. Tak tau nak pergi mana satu.

Pukul tiga ada temujanji facial , mujur jadual rawatan muka 2 mgu sekali, kalau tak memang tak terkejar:(

www.tips-fb.com

2 comments:

Hafizin Jamil said...Reply To This Comment

busy sangat tu kaklong. letih mental dan fizikal gamaknya. hee

D.Shahril Hakime said...Reply To This Comment

alahai cik LM...lagi sebok dari orang koje pejabat... kalo cik hasben nye tak faham... jenuh le.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...