Saturday, April 5, 2014

Hadapi Walau Sedikit Sukar

Assalamualaikum...

Pagi sabtu yang cerah, alhamdulillah masih bernafas hari ni. Bersiap sedia untuk kursus haji bersiri. Bergilir- gilir mandi akibat bilik air anak- anak dah terputus air. Tinggal bilik mandi saya dan dapur saja yang air tangki masih keluar, dapat ke air tangki ni bertahan hingga ada air semula? Huhuhu

Bila kena catuan air , memang sukar nak hadapi terutama bagi yang ramai anak:(

Hadapi walau sesukar mana pun rintangan. Hidup perlu diteruskan. Sama juga dengan kursus haji ni. Perlu bawa anak- anak sebab maisarah ada tuisyen di sekolah. Tau-tau je lah anak kecil. Kejap okey, kejap mengamuk bila keletihan lama- lama di masjid tu.

Mak ayah jauh, takda tempat nak tinggal anak. Apa nak fikir sangat, hadapi dan sedaya mungkin cuba minimumkan kebarangkalian syafiq utk mengamuk. Mainan, susu, makanan, pensil, buku... Semua kena bawa supaya benda tu semua dapat melekakan dia.

Doakan rayuan saya untuk buat haji tahun ni diterima ye kawan-kawan.
www.tips-fb.com

5 comments:

Suria Lekatlekitgurl said...Reply To This Comment

kita ni even sorang.. tapi kemana2 atau apa jer nak buat memang kena usung jer budak lala. Kita ni dah sebulan mengadap catuan.. dah semakin boleh terima kenyataan.

Qashmere said...Reply To This Comment

go with the flow...tawakkal..dan teruskan...

Yaya Azura said...Reply To This Comment

Insya Allah..akan ada rezeki LM nak buat haji tahun nie..amin..

D.Shahril Hakime said...Reply To This Comment

berat mata memandang..bera tlagi bahu memikui..... yg awok boleh cakap.. sabo je..... Allah bersam2 dengan oghang yang sabo... Insyallah... moga2 cik LM terpilih ...

deno said...Reply To This Comment

wah.... insyaallah kak.. semoga segalanay dipermudahkan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...