Thursday, April 10, 2014

Homemade Pizza

Assalamualaikum..

Siapa suka makan pizza? Err bagi yang diet duk diam-diam ye. Sebenarnya saya ni bukan suka sangat pizza, cuma bila dah lama tak makan tu saya buatla.. Teringin jugak sesekali nak ubah selera.

Pizza hut? Err masin la.. Saya tak berapa layan. Domino? Lebih kurang je. Masin lekat kat lidah. Jalan terbaik buat sendiri. Bersih dan halal dari dapur sendiri.




Ni pizza yang LM buat aritu. Sebab malas nak bakar banyak kali LM buat dalam loyang besar gedabak.. Ekeke, saiz 14 inci .

Untuk doh pizza tu LM guna resepi yang azian kawan LM share kan lama dah dulu.

300gram tepung gandum
170 ml air
6 gram yis
10 gram gula
20 gram margerin
1/4 sudu teh garam
2 sb susu tepung( LM tambah)

Uli rata dan perap sejam. Bakar dalam 15 minit lepas tu boleh letak sos dan topping kegemaran.

Lepas letak topping LM tabur cheddar,mozzarella dan parmesan.letak sikit oregano baru bau dia umphh

Ni lah pizza orang malas, kalau yang rajin tu macam2 ada.sebab takda air buatlah pizza ikut bahan yang ada dalam peti sejuk tu je. Hehehe

www.tips-fb.com

2 comments:

D.Shahril Hakime said...Reply To This Comment

uissshhh.. ini pun dah ok dah ni... asei jadi pizza kira ok le....cik LM...

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

3 jenis keju tu.. mmg sedap pizza LM ni. Dah bukan pizza orang malas lagi ni. Pizza rajin ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...