Thursday, April 3, 2014

Jam 3 Pagi

Assalamualaikum...

Alkisah nak cerita kejadian jam tiga pagi tadi. Baby syafiq kebetulan tidur agak awal kira- kita jam 10 malam kalau tak silap saya. Makanya terus angkat dari buaian ke atas katil dengan rasa aman damai( sebab tak perlu layan dia tengok upin dan ipin sampai hp ummi abis bateri).

Ku sangkakan sejuk hingga ke pagi( ecehh pasang aircond memang la sejuk kan) rupanya jam tiga pagi dia duk kejut ummi . Mulanya dia batuk berterusan. LM bangun bagi ubat. Lepas tu dia minta susu, bangun bancuh susu pula ke dapur dalam keadaan mamai giler masa tu. Ingatkan dia nak tido bila batuk dah reda, perut dah kenyang. Rupanya dia jumpa iphone terus dia bukak upin dan ipin. Opss pelik ke camne dia boleh bukak upin? Hihi dia tekan je youtube atau google kat atas sekali memang lah cerita upin. Dia seorang je yang guna handphone ummi tu. huwaaaa

Akibat tak larat nak lawan dia, kejap minta itu kejap minta salin pampers.. Grrr saya terlelap jugak akhirnya. Tup-tup pukul 5.40 dia kejut bagi tau dia penat. Mengantuk!

Ayoyo.. Angin sepoi- sepoi sudah mari. Dengan mata mengantuk dan kepala berdenyut saya dengan nada marah terus keluarkan ayat" kalau penat tido la...ni bukan time layan upin. Tido cepat!" Sinis giler ayat ummi dia kan? Uhukkk stress oo waktu tido terganggu.

Makin besar makin banyak ragam dia. Masa tido pun boleh nak berjaga.

www.tips-fb.com

1 comments:

D.Shahril Hakime said...Reply To This Comment

alahaiii.... hihihi... sabo le cik LM..... nak buat camne.... dia udah pandei gune hp ummi nye...... haghi ni kompem le cik LM ngantuk je kan????

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...