Thursday, April 24, 2014

Kadang-Kadang Kita Lupa Bersyukur

Assalamualaikum..

Hidup ini bagai roda. Tak selalu kita senang dan bukan sentiasa kita ni susah. Asal ada usaha dan doa insyaAllah kita akan jadi senang dan berjaya dalam hidup. Namun semuanya atas izin dari pencipta kita..

Kadang kala kita ni dah senang tapi nak lagi senang tanpa rasa bersyukur. Ye, sesekali rasa yang bukan- bukan tu datang akibat bisikan musuh kita iaitu syaitan

Saya bukan duk cerita pasal orang lain. Tadi muhasabah diri. Berminggu - minggu aqilah jalani latihan bola jaring. Dari jam 4 petang -5.45 petang. Time tu biasanya syafiq tido. Dan paling terburu- buru time balik tu perlu cepat sebab 5.55 biasanya maisarah akan tiba di rumah dari sekolah agama.

Timbul rasa malasnya nak ambil dan hantar dia. Dengan perlu dukung syafiq yang tido lagi, terkejar-kejar takut maisarah sampai dulu dan terpaksa menunggu lagi.

Tapi syukurlah segalanya dah selesai.. Hari ni last dia jalani latihan, sabtu ni dah nak lawan dah. Bila fikir.. Bukan lah payah sangat start kereta hantar saja qila tu sedangkan beberapa orang ibu lain terpaksa jalan kaki dukung anak hantar abang atau kakak pergi latihan. Malas nak ulang alik siap bawa beg dan bekalan tunggu hingga abis latihan. LM? Boleh balik dan baring lagi kan?

Jarak yang dekat..6 minit saja dari rumah hingga hantar aqilah di depan cikgu. Masih lagi tak bersyukur? Tu lah manusia kan? Huhu..

Sesekali bila kita rasa letih, tak larat, susah, tak mampu.. Kita perlu lihat sekeliling kita. Ada lagi orang lebih susah dari kita? Istighfar banyak-banyak moga Allah ampunkan dosa kita atas apa saja rintihan kita yang tak elok tu.

www.tips-fb.com

1 comments:

D.Shahril Hakime said...Reply To This Comment

sama macam kita rasa kita dah susah.. ada lagi yang lagi susah dari kita..... bersyukur dengan apa yang ada..... dan berterima kasih kepada Allah....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...