Friday, April 4, 2014

Kisah Maksiat Budak Sekolah


Assalamualaikum...

Nak share satu cerita ni...

Situasi di petang hari memandu saat mata mengantuk.toleh kiri kanan ops ternampak adegan terlarang ditaman yang sepi.

Kat pondok rehat taman yg sunyi sepi xde orang tup tup sy nmpk budak pompuan tudung sek berbaju sukan baring atas riba pakwenya( keduanya mungkin men rendah. Lelaki tu pun lbh rendah dr budak pompuan). Sy terus berhentikan kereta dan serta merta budak perempuan tu bangun(bangun dari riba empuk si arjuna)

Dari cermin belakang sy nampak mereka beredar dan mula berbual tepi jalan pula. Terdetik hati nak kenakan mereka.tp berusaha nk cegah maksiat jugak sebenarnya. Saya pusing semula. Hp x bawa yg ada cuma remote dvd player. Saya stop dan halakan remote kononnya sy snap gmbr mereka. Haha., jahatnya saya kenakan mereka.

Korang rasa mereka panik tak? Sampai hujung jalan saya pusing semula. Saja nk tgk aksi mereka.

Saya nampak mereka menyeberangi jalan dan lompat parit macam org tak cukup tanah berlari . Siap menyorok dekat kereta orang yg parking situ lagi. Dia ingat sy x nmpk .. Sekali lg sy buat jahat. Sy hon kuat kuat.

Apa yg dia rasa?

Saya agak.. Lepas ni dorang fikir 10 kali nak buat projek manja2 lentok2 kat taman tu kot.

Saya agak si arjuna menyumpah bagai nak rak sbb tak dapat buat filem petang ni

Saya agak jantung si perempuan macam nak gugur kot takut mak ayah tau, takut muka kluar youtube ke atau laman2 tenet ni.

Moralnya: saya bukan lah jahat sangat pun nak kenakan mereka, cuma terfikir.. Kalau saya biarkan mungkin mereka lebih2. So baik saya takut2 mereka . Tak mampu nak pergi tegah. Cukuplah dgn cara ni.

Dari jauh org dah nmpk tudung putih awk . Haishh anak2 zaman skrg

P/s: mencegah maksiat dpn mata tu wajib. Kalau kita biarkan nanti boleh jawab ke masa di hari muka nanti?


www.tips-fb.com

4 comments:

D.Shahril Hakime said...Reply To This Comment

elok pun cik LM buat camtu.. bio deme termalu kat dunia....dari malu kat akhirat nanti ........budak2 sekaghang ni udah hilang malu nye....

buat malu pada bangsa lain je bila tengok......

ehh..banyak beno perkataan malu awok guna....

Suria Lekatlekitgurl said...Reply To This Comment

hahahahaha.. lawak pulak akak acah dengan remote tu. betul akak tak salah. niat akak nak mencegah

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Bagus tindakan LM tu.. dapat cegah apa yg kita tgk tak baik.. bagi budak2 tu takut sikit.. hihi..

mamawana said...Reply To This Comment

Bagus tu nyakat acah2 mrk asal dpt elak maksiat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...