Friday, April 18, 2014

Pembantu Baru..


Assalamualaikum...

Nak cerita sikit kat kalian. LM ni busy memanjang dan bila busy memang la jadi pemalas. Tettttt terbukak rahsia la pulak kan?

Benda yang LM malas buat tu adalah lipat kain. Memang tak minat mengadap pakaian yang ada besar ada kecil tu tau. Lepas tu kalau tak kemas lipatan LM akan kirai semula. Hihi.. Sampai bila pun tak siap. Kesudahannya kain tak pernah surut, ada saja lebihan yang tak berlipat.

Kebetulan LM ada terjumpa jual clothes folder dari iklan di fb, laju-laju terus sma order. Semalam dapat terus guna. Sekejap saja licin semua bukit bukau dan gunung ganang kain yang LM simpan tu .




Guna alat ni pakaian yang kita lipat seragam saiznya. Elok tersusun pakaian dalam almari. Sejuk mata memandang.




Ni lah alat tu.. Habis almari baju semua LM bongkar dan lipat semula. Ops belum habis, pakaian LM belum buat lagi, baru buat untuk baju mereka berlima saja.

Ops.. Kenapa LM bazir duit beli benda ni? Sebab LM ni tak berseni bab lipat kain. Tak lawa , tak kemas.. Tu yang perlukan pembantu baru ni.

Haaa jangan ingat pembantu tu maid ye, tak kuasa nak bayar berbelas ribu ambik maid yang cuma guna dua tahun tahun saja, dah la kena tanggung makan pakai. Hehehe
www.tips-fb.com

2 comments:

D.Shahril Hakime said...Reply To This Comment

ahaksss..... jimat masa lipat baju... tak payah dah nak adjust2... letak ikut benda tu... lipat je.....

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Haha.. saya pun kena beli juga bwenda ni. Mng jenis malas lipat baju. Betul LM, rasa tak berbaloi bayar mahal ambik maid. Entah kejenya bagus ke tidak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...