Friday, April 11, 2014

Resepi Roti Coffee


Assalamualaikum..

Alhamdulillah semenjak akhir-akhir ni permintaan roti coffee amat memberansangkan daripada sahabat-sahabat.

Nampaknya roti coffee jadi hot item dari dapur cumil LM. Kesempatan ni LM ambil untuk berkongsi resepi yang LM dapat dari fb dari puan isma maisarah. Tapi LM olah sikit resepinya ikut kesesuaian selera kami dan LM penuhi permintaan pelanggan pun ikut olahan resepi LM. Resepi asal tidak dpt dikongsikan di sini sebab LM tak ingat letak kat mana.



Bahan:
250 gram tepung roti
4 gram yis
40 gram butter
40 gram gula
11/2 sudu besar susu tepung
2 gram bread improver
5 sudu besar water roux
2 gram garam
20 gram susu manis
55 ml air sejuk

Uli semuanya hingga licin dan berkilat dalam 40 minit. Doh perlu licin dan kelihatan berkilat. Doh yg elastik akan kelihatan seperti Doh roti canai.

Biarkan doh naik 2 kali ganda. Bulat2 kan dan tutup dengan kain lembab 15 minit. Bulat2 kan semula dan susun dalam loyang. Biarkan naik dua kali ganda 45 minit lagi. Bakar dengan suhu 180 degree selama 20 minit

Selamat mencuba. Untuk resepi asal anda boleh google. Ramai yg dah cuba buat roti coffee ni. Ehemm pakai mocha memang sedap , baunya mmg umphh tapi jangan juling bila kena bayar harga yang umphh jugak. Ehehe

www.tips-fb.com

4 comments:

maisara majid said...Reply To This Comment

macam sedap je :)

Qashmere said...Reply To This Comment

pandainya buat roti

NinaAz said...Reply To This Comment

Nina xpernh cuba buat roti. Hehe. Teringin gak nk try

D.Shahril Hakime said...Reply To This Comment

ok...awok dah print resepi.... nak mintak mem awok buat.... kang awok buat dia jadi roti nescafe plak..heheheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...