Tuesday, April 29, 2014

Rezeki Dan Ujian

Assalamualaikum...

LM nak cerita kisah pagi tadi. Disebabkan kepala memang sakit sangat akibat migrain yang dah berapa hari masih tak pulih maka LM kononnya nak golek-golek atas katil sebelum mula memasak. Ecehh buat pie je pun..

Tup-tup bila berpaling ada yang mengimpit. Haishh rupanya budak hitam ni. Kaki dia sampai naik atas peha LM. Kemain lagi dia ye?




Kami kutip dia di pasar borong. Syafiq jerit-jerit suruh tangkap bawa balik rumah. Alhamdulillah dia tak banyak ragam. Tak pernah kencing dalam rumah .. Berak tu pernah la tu pun dalam bilik air sebab lupa nak keluarkan dia masa sebelum tido.

Kiranya sangkar dia tu jadi tempat dia makan saja, dia memang asik duduk dalam rumah. Tak pernah latih dia ke tandas tapi dia memang akan ke sana jika nak minum air atau nak buang air jika dia tidur dalam rumah.

Alhamdulillah rezeki makin murah sejak dia ada. Manja sungguh.. Mungkin dia tau dirinya disayangi.




Hanya kucing kampung.. Bukan kucing bulu kembang ke apa.. Tapi tetap jadi buah hati LM. Tetap LM sayang, tak de istilah anak pungut. Ekeke..

-kadang kala dengan menyayangi makhluk Allah yang lain ni akan jadi penyebab rezeki kita luas
-kadang kala Allah hantar kucing ke rumah kita sebagai ujian.. Jika kita menghulur sesuap makanan buat mereka maka tercatat lah pahala, jika kita hentam dia dengan penyapu atau racun mereka maka? Fikirkan lah sendiri.
- kucing yang mencuri makanan ni kucing lapar... Black tak pernah lagi curi makanan atas meja. Maka... Jika ada lebihan tulang atau nasi dan lauk tu letak saja belakang rumah, kucing jiran yang terbiar tu pasti akan kenyang dengan pemberian kita tu.

www.tips-fb.com

2 comments:

mama darwisy said...Reply To This Comment

mcm kucing saya dulu la! Black namanya! kucing kutip gak. tp cerdik sgt.

http://ourlovebonding.blogspot.com/

Isteri Encek Bard said...Reply To This Comment

budakkkk itammm comellll tau..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...