Saturday, April 12, 2014

Sabtu

Assalamualaikum..

Hai semua. Macam biasa kalau entri hari sabtu biasalah korang duk baca entri pasal LM kalut dari pagi sampai petang kan?

Ye la.. Tiap minggu ada kursus haji memang terkejar- kejar.

Bangun tadi terus menguli tepung untuk roti yang orang tempah. Gigih giler pukul 6.15 dah menguli hari ni. Tempahan roti coffee dan mini sosej.

Lepas siapkan bahan masuk dalam breadmaker LM subuh dulu dan terus meroti. Maisarah ada kelas tambahan hari ni.

Sebenarnya perlu siapkan roti awal sebab orang nak ambil tengah hari dan LM pula ada kursus haji pagi-pagi.

Siap buat roti sarang lebah dengan sos butterscotch untuk sarapan kami. Ops ni percubaan pertama. Pumkin seed takda guna saja badam .




Sedap.. Kena dengan selera kami.

Siap meroti terus berdesup ke kursus haji angkut semua. Lupa bawa buku ... Boting la aqilah. Akhirnya dia main tulis- tulis perkataan baju, susu ntah apa- apa dalam buku nota LM.

Mujur sempat siapkan bekal sosej dan mini pizza utk mereka. Sambil dgr ustaz mengajar suap dorang makan.

Letihhhh
www.tips-fb.com

1 comments:

QasehnyaRania said...Reply To This Comment

tak pernah buat n mkn lagi roti sarang lebah dgn sos butterscoth ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...