Tuesday, April 22, 2014

Sambal Hijau Yang Enak Bangat!

Assalamualaikum...

Yuhuuu..

Haaa dah tengok tajuk korang pasti dah tau apa cerita entri ni kan?

Ehem... Ni menu kampung aje. Menu pembuka selera. Menu simple untuk orang simple macam LM ni.




Opss watermark cikai tu tutup gambar sebab nanti ada pulak orang crop letak nama blog dia lak kan walau gambar kita tak lawa...ehehe

Pertama kali makan masa duk doha dulu kat kedai indonesia. Siap bungkus lagi tiap kali makan kat situ.

Sambal ni resepi versi LM ikut kesesuaian bahan yang ada di rumah ni

Tadi LM letak 2 biji cili hijau
2 siung bawang putih
5 ulas bawang merah
Segenggam tomato ceri yang hijau
Sebiji tomato yang besar( masih hijau belum masak sangat)
Cili api dalam 10-12 biji kot

Rebus semuanya dan tumbuk@ kisar kasar. Tumis dengan minyak yang secukupnya. Api mestilah perlahan. Tumis sampai garing. Minyak lebihan tu boleh la buang.. Letak minyak banyak untuk bagi sambal tu garing je sebenarnya.garam secukup rasa.. Jangan lupa garam pulak tau

Rasanya kalau pergi restoran nasi padang memang akan ada sambal ni. Sedap.. LM memang seminggu sekali pasti buat sambal ni. Takkan asik nak makan sambal belacan aje kan? Mau jadi satu je lubang hidungku nanti.. Hehe

Err makan pedas ni syok, harap malam ni tak dating dengan incek doktor mintak cucuk montot sebab gastrik berguling-guling. Hehehe

www.tips-fb.com

3 comments:

zana fahmi said...Reply To This Comment

oh senang je. Cuma takde belacan kan?
Org kata kalau resdong (LM ada ke?) sedut kehidung air dlm kolah masjid masa ambil air sembahyang. Kalau tak silap la.

Ujie said...Reply To This Comment

Mcm sedap je! Saya dah print screen...nak try. Walaupun LM kata simple, tapi saya baru tau cara buatnya. Thanks..

D.Shahril Hakime said...Reply To This Comment

noted...... walopon pernah makan sambal ni kat Restoran Padang kat Ipoh ni... tak tau pun namanya sambei hijo....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...