Monday, April 7, 2014

Seksanya Bila Air Dicatu

Assalamualaikum...

Selama sebulan dua ni bila orang mengeluh resah air dicatu saya masih dapat menarik nafas lega sebab kawasan saya tidak terlibat. Tapi... Bila jumaat lepas kawasan saya terlubat terus peluh dingin mengalir.. Panik ooo..

May tak panik? Anak ramai mana mungkin boleh jimat air. Huhu takut betul rasanya. Kawasan kami dicatu dua hari ada air dua hari tiada air.. Kononnya lah!

Sepatutnya air ada jam enam pagi tapi sampai jam 11 masih tiada air. Menanti penuh sabar rupanya enam lebih petang baru ada tapi warnanya hitam pegam macam kopi o.

Lepas sejam ada air walau pun kecil dapatlah warna macam nescafe o ni.



Dekat dua jam barulah jernih sikit. Boleh la buat cuci pakaian yang warna gelap. Kain sampai empat bakul tak berbasuh .. Sobss

Lepas tiga jam ada air, air kembali keruh macam nescafe o. Sadis betul...

Kalaulah janji dua hari tu betul tak la rasa seksa sangat. Ni bila janji pagi air sampai rumah lewat petang, lepas tu air pula keruh macam air longkang memang lah sedih yang teramat sangat.

Haiya... Nak siapkan tempahan tart pun tak boleh. Tempahan roti terpaksa ditolak. Jimat air katanya... Nanti nak basuh loyang semua susah kalau takda air.

www.tips-fb.com

5 comments:

najihah sahami said...Reply To This Comment

siksa kan kalo xde air kak..xde letrik blh tahan lagi..huhu

Ann Ishak said...Reply To This Comment

memang payah bila air dicatu macam ni :)

D.Shahril Hakime said...Reply To This Comment

alahaiii...kesiannya.... sabo la ye cik LM.. nak buat camne.... yg sonok sekaghang ni.. tokeh baldi....

Cinta Cinta said...Reply To This Comment

samalah... rumah saya pun mula catu hari jumaat lepas.. janji ahad jam 9 ada air.. tapi jam 4.30 petang baru ada air.. Tapi alhamdulillah... air tak keruh cuma kecil jelah... sampai jam 2 malam tadi menadah air.

deno said...Reply To This Comment

Alahai siannya akak... akak meh duk ganu kak... hihi^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...