Tuesday, April 29, 2014

Shepherd's Pie-Resepi Mudah Kegemaran Anak-Anak


Assalamualaikum...

Kepala sangat buntu memikirkan apalah benda nak masak untuk bento anak. Untuk lunch pun tak reti nak masak apa dah sebab bila takda air ni semua kerja jadi terbatas sebab susah nak cuci tangan,cuci perkakas bila takda air.

Kebetulan kentang memang banyak baru beli kelmarin, maka LM manfaatkan kentang tu untuk menu mudah ni. Menu ni kegemaran anak-anak LM




Ni shepherd's cara LM la.. Cara guna apa je bahan yang ada di dapur. Hehe

Bahan:
10-12 biji kentang( rebus dengan sikit garam)

Lecek kentang bersama kira-kira1/2 cawan susu full krim. Letak sikit serbuk lada hitam.

Alas loyang dan letak 1/2 dari kentang tadi. Letak inti ayam dan letak lagi lebihan kentang tu. atasnya tabur dengan mozzarella dan cheddar parut.

Bahan inti: isi ayam bahagian dada di potong dadu kecil-kecil.

Cairkan sesudu butter dan tumis bawang holland dan cili kisar. Masukkan ayam dan sos prego. Letak garam. ( boleh ganti dengan daging, letak mix vege, cendawan dll)

Bakar 180 degree selama 20 minit.

P/s: LM pernah guna serbuk kari , sedap juga. Hehe
www.tips-fb.com

2 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Ye... kakak tahu mesti sedap ni. Jangan kata anak-anak suka mak-mak pun suka juga tau:)

D.Shahril Hakime said...Reply To This Comment

macam biasa.... awok kopi..... dan Insyallah akan buat hari cuti.... nanti le awok up kan entri masak guna resipi cik LM... nantiiiii...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...