Tuesday, April 1, 2014

Sihir

Assalamualaikum...

Terdetik hati hari ini nak kongsi cerita kisah sihir. Sihir adalah ilmu yang memudaratkan yang memang wujud seperti yang disebut di dalam hadis. Namun kita wajib beriktikad bahawa semuanya tidak dapat menandingi kuasa Allah yang Maha Hebat.

Al-Quran merupakan salah satu penawar dalam menangkis ilmu sihir dan sebagainya. Maka jadikanlah suruhan dan larangan al-quran sebagai agenda sepanjang kehidupan kita di muka bumi ini.

Pendinding yang paling baik ialah doa dan zikir. Doa dan zikir sebenarnya mengajar kita agar sentiasa menyerahkan diri kepada Allah SWT.

Semakin maju dunia ni semakin mundur pemikiran manusia. Jika zaman nenek moyang kita dulu ramai yang mengamalkan ilmu jahat ni untuk membalas dendam atau mengenakan musuh tapi zaman maju ini pun ramai yang bergantung kepada ilmu kahat ini.

Meminta dan berharap dari syaitan dan jin semakin menjadi-jadi sehingga ramai yang lupa dan buat-bua tak tau semua benda ni syirik dan memesongkan aqidah.

Bagi saya sendiri, selain berdoa, zikir dan mengamalkan ayat-ayat surah pendinding( surah2 al-quran ye.. Bukan ayat mentera ke apa) saya amat berjaga- jaga terutama bab makan. Bila nak makan makanan yang dihidang oleh insan yang mungkin memusuhi saya, saya akan lebih berhati-hati . Ye lah.. Takut juga jika terkena ilmu jahat yang dimasukkan dalam makanan.

Moga Allah lindungi kita dari ilmu jahat ni. Wallahua'lam..

www.tips-fb.com

3 comments:

sud@is said...Reply To This Comment

moga kita dijauhkan dari segala tipu daya syaitan
Macam2 rupa bentuk tipu daya, berhati-hati makan di kedia atau warung..

fizafantagirO said...Reply To This Comment

Takut bila dgr pasal sihir ilmu hitam ni. Semoga kita semua dlm perlindunganNya.

D.Shahril Hakime said...Reply To This Comment

mohon dilindungi le kita semua daghi hasad dengki oghang ni.... heran jugak bila zaman moden ni pun ada jugak yg jenih camni.... pada Allah kita berserah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...