Wednesday, April 23, 2014

Tahnik

Assalamualaikum..

Terdetik hati ingin menulis tentang tahnik. Apa itu tahnik?

Tahnik adalah anjuran dalam islam iaitu memecah mulut bayi yang baru lahir dengan buah tamar yang telah dikunyah oleh orang alim dan bertakwa.

Biasanya isi tamar tu dikunyah dan diletak pada jari telunjuk dan dimasukkan ke kiri kanan mulut bayi hingga menyentuh seluruh mulut bayi.

Teringat dulu- dulu masa tahun 2008, masa aqilah lahir kami minta seorang sahabat suami untuk lakukan tahnik. Kalau tak silap ustaz tu namanya ustaz Andalas.. Ustaz andalas ni seorang al hafiz. Moga Aqilah dapat jadi hafizah suatu hari nanti.. InsyaAllah

Hadis Abu Burdah daripada Abu Musa r.a yang bermaksud:"aku telah mendapat seorang anak , kemudian aku membawanya kepada rasullullah dan baginda menamakannya Ibrahim, lalu mentahnikkan nya dengan sebiji kurma."

Antara hikmah amalan ni adalah untuk menguatkan saraf mulut bayi bagi mempersiapkan bayi berkenaan untuk menghisap susu dengan sempurna.

Jika tiada tamar bolej diganti dengan madu.

Perasan tak .. Ada sesetengah tempat mengamalkan pecah mulut juga tapi macam ajaran sesat je.. Huhu. Mereka ni kalau bayi lelaki datang pertama kali ke rumah mereka pasti akan diberi benda masin( garam) , kalau bayi perempuan akan diberi benda manis seperti madu atau gula pasir.

Bab bayi lelaki bagi garam tu memang LM tegah sangat jika nak buat pada anak LM. Dah la mengarut macam menyeksa baby pula nak bagi benda masin. Kalau baby perempuan pun LM tegah kalau nak suap gula pasir. Madu tu lebih baik, mudah hadam.. Gula pasir tu kan kesat, kalau tercekik ke apa camne?

Kita ni kalau nak buat sesuatu tu kena ada ilmu dan tau apa hikmahnya amalan tu. kalau benda mengarut sebaiknya tegah terutama jika ia membahayakan bayi kita.



www.tips-fb.com

1 comments:

D.Shahril Hakime said...Reply To This Comment

ada jugak yang bagi Air ZamZam.... terpulang le... asei jangan buat benda yang bercanggah dengan Islam udah le...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...