Tuesday, April 1, 2014

Tart Bunga@ Tart Nyonya

Assalamualaikum..

Fuhhh panas arini. Letih buat kerja apa pun tak tau. Kepala berdenyut semacam.

Hari ni tak buat projek apa-apa. Baru siap menggentel inti nenas untuk siapkan tempahan tart nenas yang kawan order. Dapat tiga balang jadi la kan? Untuk dia dua balang, untuk kami makan sebalang.. Hehe ayat orang malas la ni.

Adik syafiq makin ligat, susah nak menggentel biskut sekarang ni.

Biasanya saya akan buat tart nyonya ikut resepi yang cmg dan kakjee kongsikan di blog mereka. Tekak suka dengan rasa tart nyonya tu.

Esok pula perlu menyiapkan tempahan roti big horn. Busy busy busy...alhamdulillah rezeki dari Allah.

Dalam buat biskut, kek dan roti keuntungan benda kedua , yang paling utama adalah minat. Kembang hati bila tengok kek dan biskut cantik kejadiannya dan roti gebu dan lembut terhasil dari dapur comel sendiri.
www.tips-fb.com

2 comments:

D.Shahril Hakime said...Reply To This Comment

ALhamdulillah... rezeki bertingkek-tingkek..... makin murah.......

Kira Sakura said...Reply To This Comment

dalam banyak2 tart jual kat luar tue palingggggggg suka tart mama buat. tapi belum rasa tart nyoya akak buat. nanti buatkan tuk kitorg pulak tau hihihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...