Wednesday, April 23, 2014

Terasa Sunyi

Assalamualaikum...

Hati seorang ibu..

Bila sudah bergelar ibu pasti akan jadi begini. Hurmmm ni kes tersilap hari. LM lupa hari ni rabu. Tengah hari ni tadi buat mee goreng untuk lunch budak- budak ni dan bekalan azhad untuk ke sekolah kebangsaan. Busy buat itu ini hati resah menanti kepulangan maisarah dari sekolah kebangsaan.

Dah siap makan aqilah dan syafiq mula menulis dan membaca sambil bergurau senda. Hati masih menanti kepulangan maisarah sebab memang tau dia suka makan mee goreng.

Bila dah pukul 2 lebih baru teringat harini rabu dia ada ko kurikulum di sekolah. Haishh ummi ni pelupa rupanya.

Ni hujan lebat dia masih belum sampai. Ummi masih menanti bas sekolah kakak sampai..

Sunyi bila anak pergi ke sekolah. Bila cuti sekolah anak bergaduh ummi pula rasa pening kepala.. Hehe

P/s: tuan tanah asik migrain dan perut pun rasa gastrik semacam je ni. Dah lama tak buat tart.. Order menanti, tuannya masih tak larat nak buat tart nenas.. Huhu
www.tips-fb.com

2 comments:

Diana Rashid said...Reply To This Comment

saya pun kalau maisara pi sekolah rasa sunyi sanagt..kalau dia ada dia bercakap je.dengan Mikhail ni tau memunggah dapur je la dia..heheh

D.Shahril Hakime said...Reply To This Comment

itu belom lagi deme udah belajo kat luo... dok asrama... lagi2 sunyi le ibunye ....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...