Friday, April 11, 2014

Watermark-Perlu Ke?

Assalamualaikum...

Terbaca Blog http://lekatlekitgurl.blogspot.com/ ..isu ciplak, hak di samun, dicopy, dicuri..apa lagi ek kita nak sebut benda ni semua? sebenarnya benda ni dah lama. Pada LM jika benda tu bukan hak kita, tak kiralah orang tu dah buat watermark ke atau tidak jika kita ambil tetap dikira tu barang samun. Kiranya kau curi lah barang tu 

Uish..kasarnya bahasa LM??? ikut kalian lah nak kata kasar ke apa. Tapi benda ni berlaku pada LM sendiri. Gambar yang LM guna untuk berblog ni gambar LM sendiri, camera LM sendiri. Tup-tup ada yang curi letak nama korang jadi aliya adriana la, puteri cekodok basi la apa la..tetap korang dikira menyamun hak LM tau. Dan paling geram ada yang guna sebagai profile picture untyuk acc bisness pulak tu. 

Deii kau nak berniaga gunalah gambar sendiri. gambar kau sendiri kau tunjuk belakang nampak montot je, pastu nak lariskan produk yang kau jual kau tayang pic aku? haaaa siapa tak angin.

Satu lagi sorang tu siap jual produk untuk hebat, mantap,ketat, mengaum kau guna pic aku? dah pm banyak kali janji nak tukar lepas tu guna semula bila LM cool. Dia ingat yelah..LM ni blogger suam kuku takda siapa nak sampaikan, tapi dia silap ada yang cam.."eh tu gambar LM kan?" ...kau kaut untung ada bayar royalti aku jd model barang kau? cehh!

Alhamdulillah...walau terpaksa call dan bagi ugutan nak lapor pada polis sbb guna gmbr curi tu memang boleh untuk bawa ke pengadilan, semuanya selesai dgn baik.

Apa pun, walau sekeping gambar sambal belacan kalau tu bukan gambar sendiri tak perlulah mengaku tu gambar kalian. walau tiada watermark takyah gatal tangan nak letak gambar tu watermark korang sbb tu hasil curik.

Kalau dah siap ada watermark tak payah la malukan diri sendiri gi edit watermark orang tu letak nama korang sebab Allah tau tu bukan diri@ gambar kalian pun. 

Nampak remeh tapi bila hak kita dicabul memang dalam kesannya pada hati. 

"eleh...dah kau gi letak gambar kau kat lama sosial nape?" 

Bodohnya ayat tu.. eloo..bila kita berblog dan letak gambar muka ke atau gambar makanan ke...gambar kereta ke..memang la gambar tu tersebar ..grr!!

pesanan tuan tanah: saya cuma blogger suam milo, tapi jika gambar muka saya, makanan saya, kereta saya..atau sambal belacan saya pun dicuri dan mengaku tu gmbr korang...siap la. saya akan tetap kejar sampai lubang cacing. curi tetap curi.

www.tips-fb.com

6 comments:

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Setuju LM..hak kita..kita ptt pertahankan

sheila arshad said...Reply To This Comment

nak guna gambar org boleh...tp kenelah tulis kat bawah gambar tu..

"gamba dicilok dari...."
"gambar ehsan ....".

kan sopan sikit dari gi bubuh watermark sendiri. sangatlah lembu punya susu sapi dapat namakan.

Suria Lekatlekitgurl said...Reply To This Comment

walau gambar printscreen kat blog saya tu org nampak macam remeh tapi tak senang nak dapat untuk di jadikan bahan cerita. bayangkan kena baca beratus komen utk jumpa 1 komen yg nak di jadikan isu. Sekarang ni.. apapun kita kena rajin buat watermark supaya kita tak makan hati hasil kerja kita org lain dapat keuntungan. budak tu siap sound katanya dia dpt gambar tu dr sumber lain bkn blog saya.. even dr sumber manapun dia dapat tetap bukan dari dia kenapa perlu letak watermark dia pulak. Jadikan pengajaran la

Mama Safiy Arfan said...Reply To This Comment

Sy pon xpnh ltk watermark,tp mjr xde yg bminat..hikhik

anamizu said...Reply To This Comment

Salam Umi! windu umi ! :)
lama x sggah sini jugak..haah betol tu. tp tu la mslh MANUSIA. bkn peduli hak org =.=

adzairdawati makdara said...Reply To This Comment

mmg gerammm kan dgn org mcm ni.. akk pun pernah kena dilu. siap pakai pic akk dan mencarut carut di blog abg nara. siap org maki hMun akk lg igt akk mencarut maki aryis.. lps buat laporan sana sini br minah tu contact minta maaf tupun puas la berbakol org maki dan carut akk.. adoila manusiaaaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...