Friday, May 16, 2014

Aiskrim-Kegembiraan Sikecil

Assalamualaikum

Demam panas masih lagi tak kebah, hembus nafas pun masih terasa panas dan tak selesa.

Selepas mencuci pakaian pagi tadi, terus menggosok baju yang menimbun tak siap digosok lagi tu. Cucian pun banyak juga kerana hari ni mencuci selimut dan cadar anak- anak dan juga ummi. Entah kenapa biasanya saya suka mencuci cadar dan selimut pada hari jumaat mungkin kerana sabtu dan ahad busy ke sana sini sampai kain pun tak didobi kot. Hehe... Biasanya menukar cadar isnin dan jumaat.

Melayan demam panas memang tak mampu nak tergolek atas katil. Kalau dah baring memang tak mampu nak bangun dah lepas tu sedangkan LM perlu urus qila sekolah dan petang ni perlu hantar dan ambil kakak tuisyen sekolah agama dan petang kena hantar mereka ke kelas KUMON pula

Memandu kereta saat demam dan sesekali gelap mata masih okey lagi tapi kalau suruh jalan memang tak larat. Tapi... Dah jadi kebiasaan syafiq ni asik minta aiskrim.

Bukan mahal pun aiskrim pilihan dia. Bagi cornetto pun dia tak mau. Hanya mahukan aiskrim mat cool yang rm1 sebatang tu saja.

Hari tu konon nak adik bagi cornetto sama macam qila tapi dia jerit-jerit tak mau, katanya nanti kotor tangan makan aiskrim tu. huhu

Apa pun layankan sajalah..berapa sangatlah harga aiskrim tu jika hendak dibandingkan kegembiraan sikecil kerana dapat aiskrim kesukaan mereka. Biasanya saya bawa beli di Petron saja sebab senang nak parking kereta dan tak perlu jalan jauh. Tak larat sangat...


Ceria wajah mereka, senyuman kegembiraan tu dah mampu beri bahagia di hati ummi. Ucapan terima kasih tak putus- putus dari mulut syafiq. Bahagianya dia hanya kerana sebatang aiskrim. Alhamdulillah...

www.tips-fb.com

3 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Itulah dik.. nama pun anak apa yg dia nak bukan kerana mahal atau apa tapi itu yg dia suka dah buat hatinya berbunga gembira...

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Kan LM..ank rin yaya tu klu blh tiap2 hr nk mkn aiskrim..hadehh

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Haha.. budak2 kan.. dua ahmad saya ni mmg makanan wajib tu kalau aia krim. Tapi doktor cakap ais krim.murah ok lagi sb tak banyak gula.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...