Thursday, May 8, 2014

Ayam Bakar Atkins


Assalamualaikum..

Hai, sori lewat jenguk blog hari ni sebab busy kemas dapur . Lap sana lap sini.. Huhu

Ni kisah semalam, sebab pening sangat LM cuma masak ayam bakar saja untuk family.



Ni bukan untuk LM ye, LM cuma boleh makan ayam saja. Kentang dan jagung tu tak boleh. Sos pun tak boleh sebab ada kicap.

Ayam tu sebab LM dah buntu tak tau nak makan apa maka terdetik hati masak sekali untuk anak. So bahan perapan tiada gula atau madu dan tiada perahan lemon.

Ayam tu LM rebus sekejap dengan sehelai daun bay, lada hitam, halia yang diketuk dan jintan serta pelaga. Bila kering airnya LM sejukkan dan gaul bersama bawang kisar, baqang putih, serbuk cili, lada sulah, ketumbar, jintan dan garam. Bakar cuma 30 minit.

Kena dengan selera, sedap pedas. Tak perlu sos lagi sebab ayam dah cukup rasa.

Apa pun menu yang dihidangkan, anak- anak tak cerewet. Mereka makan saja tanpa banyak soal. Syukurlah



www.tips-fb.com

3 comments:

Tina Othman said...Reply To This Comment

Haa ye rebus dulu baru bakar kan baru masak semua, klu bakar ayam selalu fail sb selalu terkering sangat sb takut dlm.tak masak

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Rajin btul LM berdiet rk

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Pelbagai menu menarik nampaknya ni. Kalau dipromosikan macam ni, mudahla nak berdiet..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...