Friday, May 30, 2014

Cuti Sekolah

Salam...

Alhamdulillah.. Bertemu di hari jumaat lagi. Hari ni busy juga sebab maisarah pergi tuisyen di sekolah kebangsaan dan petang ni kena hantar mereka tuisyen ke KUMON pula.

Tengah hari tadi tak masak, habiskan lambakan nasi dagang pagi tadi saja memandangkan LM masih tak kuat untuk meneruskan rutin harian akibat serangan gastrik malam tadi.

Ya Allah.. Lama betul tak kena gastrik. Sebulan lebih kot tak kena gastrik. Dan, apa yang pasti sejak sebulan diet atkins ni memang tak kena gastrik sebab makan 5-7 kali sehari. Tapi..

Konon semalam nak makan nasi, pagi makan nasi lemak paru dan malam makan nasi dengan sup ayam. Siap ada sambal kicap lagi. Aduh duh duhh.. Malam tadi dah nanges- nanges bergelut menahan gastrik. Sakit giler!

Hari ni.. Kembali dengan telur dan ayam panggang. Ngeri lah nak makan nasi lagi. Kalau makan nasi mesti nak sambal belacan lah itu lah.. Ini lah..

Atkins semula hari ni. Alhamdulillah sebulan atkins berat turun kira-kira 5 kg. syukur sangat. Tiada lagi sakit tumit tiap pagi. Tiada lagi rasa bisa lutut ni( LM kan liat nak minum susu).

P/s: tuan tanah akan pulang ke kampung halaman esok . Ada kenduri kahwin sepupu dan terus menjenguk ayah bonda dan rumah kami. Lepas tu melayan anak bercuti sekolah.. Hujung minggu baru pulang.

Maaf andai ada salah silap, andai tak panjang umur.. LM minta ampun jika ada terkasar bahasa selama kalian membaca laman blog LM ni.

Balik bercuti ni LM balas ziarah ye. Jika ada entri auto post tu sila- silakan lah membaca. Moga ia bermanfaat buat semua.

www.tips-fb.com

5 comments:

Diana Rashid said...Reply To This Comment

selamat bercuti..saya pun start bercuti esok...sampai hari rabu kot..kesian blog..:P

Hafizin Jamil said...Reply To This Comment

selamat bercuti kak long, :)

anamizu said...Reply To This Comment

slmt bercuti ummi !
jaga kesihatan baik2 tau :)

Mummydearie said...Reply To This Comment

Oh, indahnya dunia sedang bercutilah ni! Saya ni dapat dua hari je tanpa nasi. Beria-ia nak cuba diet atkins tapi suami menggoda suruh makan pulak!

Kira Sakura said...Reply To This Comment

selamat bercuti kak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...