Friday, May 9, 2014

Diet Tapi Makan Kek?


Assalamualaikum

Ahaaa tajuk ntah apa-apa.

Sebenarnya semalam hari yang agak perit. Panas membahang dicampur rasa pening dan tak larat yang teramat sangat.


Rasanya faktor kurang air dalam badan juga punca jadi camni. Memang kurang teguk air semalam. Bila kurang ambil air, beratkins pula tak boleh ambik carbohidrat dan gula mulalah rasa nak tumbang. Nak angkat jari pun rasa tak larat


Akhirnya... Daku tersungkur dek godaan, eh bukan godaan, tapi memang sangat teringin nak makan kek dua perisa ni semalam.

Mungkin sebab tekak dah payau, badan dah gigil mula lah tekak meroyan nak benda manis. Dari siang kawal nafsu konon nak abaikan permintaan tekak tapi tak berjaya.

Pukul enam lebih laju- laju pecahkan telur terus buat kek ni


Aha.. Comot je. Gigil giler tangan menepek kek ni. Terketar- ketar..

Dekat pukul lapan siap kek terus ngap. Tak sempat tunggu krim keras pun.

Hari ni hari ke 10 atkins. Berapa hari je lagi nak abis induction. Alhamdulillah lilit pinggang dah turun 3 inci. Walau selalu ngelat tapi tetap bahagia dengan hasilnya.

www.tips-fb.com

2 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Wah..10 hari turun 3 inci..nilah yg saya nak.. nak turunkan buncit ni.. tapi tak tahan nak melawan ketosis macm LM cakap tu

Dahlia Daffodil said...Reply To This Comment

sy pn tgh nk try diet atkins ni..hrap2 mnjadi la diet sy tu. hahaa..byw, kek tu nmpak sdap giloss :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...