Tuesday, May 20, 2014

Homemade Aiskrim Yogurt Yang Sedap


Assalamualaikum..




Layan tekak anak- anak syurga ni. Petang semalam gagahkan diri mix semua bahan untuk buat aiskrim yogurt ala-ala tutti fruitti ni.

Dah lama beli yogurt tak terbuat dek sebab demam, risau pula nanti rosak yogurtnya.

Resepi mudah LM jumpa carian google dalam tahun lepas kot.. Ni yang menepati selera kami. Sedap dan halus gebu

LM tepek resepi tu ye, moga sahabat yang cipta resepi ni dimurahkan rezeki. LM pun dah tak ingat copy kat blog mana resepi ni

1 cawan rasberry yogurt(LM guna mix fruit)
1 cawan whiping cream
1/4 cawan susu cair(guna susu full cream)
2 sudu besar susu pekat manis
1 cawan buah rasberry(x letak)
5 sudu besar gula halus
1 sudu kecil ovalette
1/8 sudu kecil garam
1 sudu kecil lemon jus
buahan secukupnya - ikut citarasa
1-2 titik pewarna merah jika perlu

Mix semuanya guna mixer sampai gebu dan bekukan 6-8 jam.

Kalau korang nak derhaka pun takpe.. Tapi tolonglah jangan abaikan ovallete tu sebab tanpa ovallete memang tak lembut dan gebu aiskrim kalian. Texture dia akan jd kasar

Selamat mencuba.

Kalau nak buat perisa coklat beli saja yogurt plain tu dan letak serbuk koko sikit atau coklat emulco ke apa ke yang korang suka

P/s: mak call lagi.. Tanya dah baik demam ke belum. Huhu mak risau saya tumbang kot?

www.tips-fb.com

6 comments:

Filzah Azzahra said...Reply To This Comment

Akk nak tnya sikit. Yang yogurt tu boleh pakai ape2 yogurt ker ? Atau pakai yogurt marigold ? mana yan sedap ?

ummi aqilah (LM) said...Reply To This Comment

@Filzah Azzahra#formsalam dik, jenapa apa pun boleh. Akk guna nestle je aritu kalau x silap. Main sambar je.. Ikut sempat. Hehe

Bbwana adienia said...Reply To This Comment

bestnya makan aiskrim homemade kan..

♥♥azatiesayang ♥♥ said...Reply To This Comment

Salam Umi Aqilah...ceduk eskreem kedai jer..hehe

Nour Eyza said...Reply To This Comment

salam akak.. nak copy resepi ni eh! sedapnya smbil tgk tv tgn cedok aiskrim ni.hikhik

D.Shahril Hakime said...Reply To This Comment

macam selalu awok buat..... copy paste....... tq cik LM...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...