Wednesday, May 28, 2014

Hujan Petang

Salam...

Dalam dua tiga minggu ni.. Eh sebulan lebih kot, kalau tak silap LM bila petang saja pasti akan hujan.

Haaa .. Jangan pula ada yang nak kata LM tak bersyukur dan merungut hujan turun. Cuma.. Baru perasan.. Hehe

Pagi dah tak perlu siram pokok sebab tanah masih basah memandangkan kadang kala hujan lebat hingga ke malam.

Err .. Bila hujan petang, kain tak berapa kering. Nak angkat tak kering, nak dibiar di ampaian tempias pula nanti. Akhirnya.. Lantak lah.. LM biar saja di ampaian. Esoknya dalam pukul 10 macam tu baru angkat.. Hehhe

Syafiq masih selsema dan batuk walau dah tak meleleh teruk. Kerjanya mengamuk macam orang kena sampuk kalau sakit kepala dia datang tu kot? Kalau dah lega lepas makan ubat dia punya senyum kat unmi macam orang nak ngurat la pulak, siap kenyit - kenyit mata lagi.

Ummi mood ke bintang, kepala berdenyut . Jantung pun macam tak mau berdegup saja. Tetttt tetttt .. Haha

Apa pun cuma sempat buat sup tulang lembu saja untuk anak2 ni tadi. Itu pun selepas tersedar dari terlelap depan tv dekat pukul 1.15 pm tadi. Laju- laju buat sup dan tanak nasi. Mujur dah siap rebus tulangnya.. Kalau tak, makan ikan je lah anak- anak ni.

www.tips-fb.com

1 comments:

Mummydearie said...Reply To This Comment

Memang sekarang ni bila lewat petang aje hujan. Kesian orang yang bekerja seperti saya ni. Baju di ampaian dan kering tapi dek kerana hujan basah balik. Basuh balik, jemur balik. Itu ajelah kerjanya. Dua hari lebih barulah selamat kering baju-baju semua :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...