Friday, May 9, 2014

Jumaat Memang Penat

Assalamualaikum..

Sebenarnya jumaat memang LM nantikan sebab hari terakhir sekolah tapi!!!

LETIH la asik kluar masuk.

Hari ni petang maisarah ada tuisyen sekolah agama. Jap lagi kena hantar. Nanti pukul 5.30 kena ambil. Pukul 6.05 azhad pula balik sekolah. Lepas tu malam ni diorang tuisyen.

Dan... LM cuma masak mihun singapore saja lunch ni untuk diorang. Rasanya malam ni malas nak masak . Cari makanan di pasar malam saja lah.

TAPI...

Apa saja lah yang LM boleh makan kalau beli kat pasar malam tu? Ayam goreng sure bertepung, ayam goreng berempah tu mesti lah garam terlebih dan silap- silap ada gula. Seketul ayam dah berapa hengget, baik goreng sendiri lagi jimat.

Hurmm tapi stok buah dah abis, budak ni kan tiap hari asik mengorder jus epal. Sehari 3-4 biji epal langsang camtu saja.

Masak ke tidak? Dilema ni, hati cakap malas. Badan suruh tido. Otak kata MASAK! Camne tu?

Esok ada kursus haji, anak ada sekolah ganti. So.... Kena bawa syafiq dan qila gi kursus haji. Huhuhu

www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...