Wednesday, May 7, 2014

Nasi Goreng Hailam

Assalamualaikum...

Hai semua, sebenarnya menu nasi goreng hailam ni LM buat hari ahad lepas. Kebetulan malas nak keluar makan kat luar maka LM buatlah menu ringkas untuk keluarga makan malam tu.

Menu untuk anak-anak biasalah pastinya nasi goreng cina. Maka untuk bos besar LM buatkan sepinggan nasi goreng hailam. Ni pertama kali LM buat nasi goreng hailam. Sebelum ni dia ada order masa makan luar tapi komplen kata tak sedap sebab nasi tu banjir dengan kuah sayur dan lauk tu.

Dulu masa di segamat bos besar kerap makan nasi goreng hailam ni di satu kedai dan pernah la LM jamah sikit nasi tu. bila google banyak yang kata nasi goreng yang berkuah tu nasi goreng ladna sebenarnya dan bukan nasi goreng hailam.

Tak kisah la apa pun... Yang penting hari tu LM buat ikut citarasa yang bos besar inginkan iaitu ada rasa pedas lada hitam. Maka.... LM sertakan resepi versi LM dibawah ni sekali ye bagi mereka yang suka rasa lada hitam dalam nasi goreng.




Tu dia.. Simple je

Bahan:
2 cawan nasi

5 biji bawang merah(ditumbuk kasar)
2 ulas bawang putih( diketuk)
Udang
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
Isi ayam
1 telur
1/2 cawan mix vege
1/2 sudu teh Serbuk pati ayam
Sedikit kicap manis
Sedikit kicap lemak masin
Garam
Minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih, masukkan isi ayam, lada hitam dan serbuk pati ayam.

Masukkan mix vege dan telur, masukkan udang dan terus masukkan nasi, kicap, dan garam. Goreng hingga garing.jika suka blh letak dua tiga biji cili api yang diketuk.

P/s: tak sangka orang atkins pun tabah blh masak nasi goreng ek? Adoii rasa tercabar iman. Macam nak ngap lima enam sudu je tengok nasi goreng tu aritu

www.tips-fb.com

2 comments:

sud@is said...Reply To This Comment

Huu bestnya bederet udang tu ya...agak nasi tu pingggan sapa hehe..

~LiZa IsMaiL~ said...Reply To This Comment

Huhu..terliur pulak tengok resepi ni. Boleh la buat dinner mlm ni. tapi udang tak de, sotong pon ok la kan..hehe


P/S: Kan best kalau boleh dapat income sambil-sambil ber-bloging.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...