Tuesday, May 6, 2014

Pening-Tanda Ketosis

Salam.

Saya ni sebenarnya pening. Rasa tak larat sangat sebenarnya. Ye saya tau, rasa pening ni akibat ketosis sebab saya kat diet atkins tapi... Bila dah petang ditambah rasa pening saya memang rasa macam nak terjun laut. Hahaha

Bila ketosis bermula, mulut rasa payau kot sebab air liur rasa pekat. Ye lah LM ni kadang tu terleka sampai lupa nak minum air:(

Bab sembelit tu memang la takda sebab LM memang ambik vco so tak jadi hal.

Bila pembakaran lemak berlaku dan ianya bukan dari karbohidrat dari makanan tapi dari lemak tepu di badan LM ni maka.., terpaksa rela menahan semua ni. Rasanya lagi sehari dua okey kot.

Rasa nak tido sampai esok je, jari pun tak larat nak angkat petang ni. Uhukkk cuaca panas, kena sorang tarik anak sebab ustz cuti . Tu yang makin tak larat tu.



www.tips-fb.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...