Monday, May 19, 2014

Rahsia Rezeki

Assalamualaikum

Terkenang kejadian semalam.., selepas pulang dari zoo kami makan-makan dulu sebelum pulang ke rumah. Adik lelaki terus balik rumah dia di ampang dan adik perempuan bawa kami pulang ..

Dah dekat dengan rumah terdetik hati nak beli nasi lemak tepi jalan. Terkenang tempoh hari LM beli sambalnya sedap. Maklumlah nasi lemak daun pisang zaman sekarang ni bukan mudah nak dapat yang sedap sambalnya..

Pusing balik sebab dah terlajak ke depan. Masa sampai tu dia dah kemas nak balik. LM tanya ada lagi tak? Dia tanya nak berapa? Bila dia dengar terus angguk.

LM minta azhad yang turun. Suami akak tu turun dari van dan bagi akak tu jumlah nasi lemak yang kami nak, akak tu tambah lagi dua bungkus dan bagi seplastik besar keropok lekor dan keropok keping.

LM kata banyaknya kak.. Terima kasih. Eh takpe, akak memang dah nak balik, jawab dia.

Betul kan? Rezeki tu rahsia Allah. Dah masuk barang dalam van pun masih ada pelanggan nak beli nasi lemak. Dan rezeki kami juga dapat nasi percuma dan keropok lekor. Syukur.. Rezeki anak-anak.

So , malam tadi tak perlu masak. Makan saja nasi lemak tu. pinggan mangkuk pun maklang budak-budak ni dah basuhkan sebelum dia balik ke ampang. Perghh nikmat dunia betul kan? Hehe

Rezeki LM baik nampaknya.. Mak demgar demam dia datang walau pun tak bermalam, adik pun datang teman tido sini dan dia balik semalam pun dah dekat pukul 11 malam. Alahaiii terharu nya saya

www.tips-fb.com

2 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Memanh rezeki betul. Alhamdulilah atas nikmat kurniaan Allah ni. Dimudahkan urusan yang ada ni

D.Shahril Hakime said...Reply To This Comment

rezeki tu koje Allah... bila dan bagaimana kita dapat tu kita tak tau.... Solat SUnat Duha tu pun satu cara kita mintak rezeki dari Allah kan??...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...