Wednesday, May 14, 2014

Roti Tabur Keju Dan Gula


Salam buat semua...

Petang tadi borak dengan cik qiqi sahabat blogger yang dah macam adik beradik LM sendiri tu. borak pasal roti. Sebab dah terkenang roti terus menguli roti ..

Ni salah satu roti yang LM buat petang tadi. LM tocangkan dan tabur keju dan gula.



Resepi nya mudah saja. Sama macam yang pernah LM berikan dulu. Cuma letak perisa strawberry saja kalau nak warnanya pink camni. Resepi ni LM copy dari resepi roti coffee isma maisarah kalau x silap aritu.

Bahan:
250 gram tepung roti
2 sudu besar tepung gandum+125 ml air (jadikan water roux)-boleh google
4 gram yis
1/2 sudu teh garam
40 gram gula
1 sudu besar gula
1biji telur c
1sudu besar susu manis
2gram bread improver
40 gram butter
50 ml air sejuk dlm peti ais

Uli semuanya hingga elastik dalam 40 minit.
Biar naik dua kali ganda. Bulat kan dan tutup dengan kain lembab selama 15 minit. Bulatkan lagi untuk buang angin dan biar naik dalam 40 minit lagi. Bakar 20 minit dengan suhu 175 -180 degree



www.tips-fb.com

1 comments:

Betta sp said...Reply To This Comment

nampak mcm sedap, tambah2 lagi kalo boleh hantar kat sini lagi sedap...bnda free mmg sedap :3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...