Friday, May 23, 2014

Sambutan Hari Guru Tadika Pula..


Assalamualaikum...

Beberapa hari lepas aqilah ada cakap nanti hari jumaat nak jalan naik bas dengan cikgu. Di sebab kan tiada sebarang surat diedar maka LM buat tak tau saja

Semalam dia cakap cikgu kata esok tak sekolah. Kena pergi dewan. Hati dah gelisah dewan mana pulak ni. LM memang tak tau selok belok area sini. Duduk sini dah dua kali raya pun memang boleh sesat sebab tak pernah merayau sendirian.

Bila tanya cikgu katanya anak-anak naik bas dan ada sambutan hari guru serta sambutan hari lahir untuk yang lahir bulan ni.

Sebab tak tau nak bagi apa.. Malam tadi LM overtime buatkan roti sarang lebah saja untuk cikgu berlima tu seorang sebekas.




Yang ada lukis tu untuk anak-anak ni makan sendiri kat rumah.

Konon nak buat cheese tart malas pula, nak buat kek bahan tak cukup. Itu saja yang mampu.. Itu saja yang tau nak buat. Huhu




Sebekas ... Tahan lah untuk sarapan dan minum petang:)

www.tips-fb.com

3 comments:

ummi_khalish said...Reply To This Comment

Ya allah..kreatif dn sgt menarik..sayang plak nk makan..hehehe...

deno said...Reply To This Comment

teringin rasa roti akak buat^^

D.Shahril Hakime said...Reply To This Comment

cikgu Aqilah mesti kembang kuncup dapat roti yang cantik ni... mesti deme sayang nak makan.... ahakss

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...