Thursday, May 15, 2014

Sarapan Ringkas


Assalamualaikum..

Sarapan pagi..

Ramai saja di antara kita yang tidak suka bersarapan dengan alasan nanti senak, sakit perut dan malas nak ke tandas lagi.

Sarapan adalah sesuatu yang wajib. Permulaan hari akan jadi pincang tanpa sarapan pagi.

Sebenarnya nak sarapan tak perlu kot nasi lemak telur, nasi lemak ayam, pulut kuning dengan sambal petai bilis atau mee goreng telur goyang.. Ehehe

Kalau perut manja LM sarapan pagi mestilah yang ringkas dan tak membuat perut ni senak dan penuh. Cereal, oat, nestum.. Atau.. Separuh dari roti sosej cheese macam ni.



Roti ni tak buat banyak pun semalam. Pertama kali buat letak cheese. Semua suka, macam tak cukup!

Nampaknya hari ni kena buat lagi. Sedap sangat, walau tak lawa rupanya sebab LM tak mahir lagi membentuk kan roti ni tapi rasanya memang umphh

Sebelum bakar tu LM sapu susu dan tabur chilli flakes dan oregano. Boleh bayangkan bau dia? Perghh

Kalian sarapan apa pagi ni? Nasi goreng? Roti canai? Nasik uduk sama sambal telur bulat? Nyumsss mesti sedap kan?

www.tips-fb.com

3 comments:

Tina Othman said...Reply To This Comment

Fuyoooo terliur tgk

cik violet said...Reply To This Comment

selalu breakfast minum milo panas je. hehe. macam best je roti tuu :)

nor isneini mohd ayob said...Reply To This Comment

teringin nak belajar buat roti..hehe..boleh share resepi?
jom singgah http://n-nanie.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...