Tuesday, May 20, 2014

Scrub Beras-Petua Wajah Halus Mulus

Assalamualaikum...

Hehe dah lama tak share tips kecantikan kat sini. Alhamdulillah malam ni sementara menanti roti naik LM curi masa sekejap nak share petua yang LM amalkan ni.

Beras... Rasanya semua rumah ada beras kan? Hehe walau pun LM atkiners tapi anak-anak masih makan nasi. Ada saja beras untuk diambil sedikit untuk ditepek kat muka.

Sebenarnya LM buat masker dengan kisaran beras ni. Mudah saja.. Kisar halus beras dan simpan dalam bekas bertutup.

Tiap kali sebelum mandi ambil sedikit dan basahkan dengan air , sapu rata seluruh muka. Biar dalam 5-10 minit baru di cuci bersama pembersih muka pula.

Hasilnya muka akan halus, terasa segar dan yang penting ia berupaya menyerap minyak di muka. Kalian akan perasan kulit makin cerah dan lembut serta halus dalam 3-4 hari selepas mengamalkan petua ni.

Good luck!

www.tips-fb.com

5 comments:

sud@is said...Reply To This Comment

tq LM petua baik untuk wanita dan anak2 remaja kan///

ummi aqilah (LM) said...Reply To This Comment

@sud@is#form lelaki pun blh en sudais, dpt buang bintik hitam dan kurangkan jerawat

FiZ said...Reply To This Comment

dulu pernah buat jugak petua ni.lepas tu lama-lama dah tak buat.tak rajin dah.hehe.akak dah berapa lama buat petua ni?menjadi eh?

ummi aqilah (LM) said...Reply To This Comment

@FiZ#formsalam.. Kena rajin kan semula lah buatnya.. Hehe.

Akak br dua bulan amalkan. Mmg berkesan. Muka lbh lembut dan black head tu pun hilang. Jerawat pasir jd kecut terus

D.Shahril Hakime said...Reply To This Comment

ahakkksss... selalu awok copy resepi... kali ni awok copy petua pulak....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...