Tuesday, May 13, 2014

Tak Tau Nak Makan Apa-Atkins


Salam

Badan tak sihat, tahap melepek... Semalaman susah nak tido. Pukul dua pagi masih terkebil- kebil. Pukul lima pagi dah bulat bijik mata:(

Lepas solat subuh terus berguling sampai jam 10 pagi. Hanya larat buatkan french toast aje untuk anak-anak(hari ni kan cuti)

Berguling lagi.. Anak dah lapar baru terhegeh-hegeh buat mee kuning dekat pukul satu. Buat mee sup saja untuk anak-anak.

Bila senja anak tanya, malam ni makan apa ummi. Uhukkk ummi dah pening. Takkan nak masak mee lagi? Sian anak-anak. Last-last masak nasi guna microwave saja sementara solat maghrib.

Lepas solat buatkan nasi goreng hailam untuk anak-anak dan lepas tu baru sempat masak untuk ummi yang diet atkins ni



Alhamdulillah kenyang... Lewat dinner malam ni. Takpelah, bukan nak tido awal pun. Layan mata terkebil- kebil sampai pagi lagi kot malam ni

Kadang kala buntu tak tau nak makan apa yang boleh memecahkan selera makan ni.
www.tips-fb.com

3 comments:

zana fahmi said...Reply To This Comment

Sebab diet Atkins tu ke yg tak boleh tidur?

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Rin skg ni LM cuba avoid mkn ns mlm tp kena bebel ngn hubs .huhu..dia ckp knp xmo mkn..nk diet ke..blabla..org jeles camtu la ayatnya..haru btul

Kira Sakura said...Reply To This Comment

selamat berdiet kak lydia :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...