Thursday, May 29, 2014

Tip Pokok Rajin Berbunga


Salam..

Hari ke dua cuti sekolah, alhamdulillah kehidupan berjalan lancar. Anak-anak banyak membantu , macam tau- tau saja ummi tak larat. Takut ummi bertukar jadi zombie kot? Haha

Apa pun.. Bila petang LM masih gagah kan diri merawat minda jenguk pokok bunga dan sayur- sayur yang di tanam. Intai kacang botol , betulkan sulur dia yang tak tau nak melilit ke arah mana tu, intai limau kasturi yang galak berbuah tu, borak dengan pokok roselle yang dah mula nak keluarkan hasil.

Musin hujan ni pokok kunyit nampak subur, pokok lain pun nampak cantik suburnya.

Tapi... Satu benda yang tak boleh diabaikan adalah.. Pembajaan.



Besar tak???

Ni salah satu bunga raya giant milik LM. Baru perasan , ada 4 pasu rupanya bunga raya LM ni, hehe .. Kalau di kawasan sejuk , bunga ni tahan 6-8 hari baru penguncup dan gugur. Tapi kalau kat sini LM tengok 2-3 hari dah gugur.

Bila tengok dia asik berbunga , kembang cantik penuh tapak tangan hati bahagia sangat.

Apa tip nak bagi dia tak henti berbunga?

Kalau LM, mudah saja. LM tak lupa bagi dia makan, dia pun nak makan juga. Bagi dia baja bunga dua minggu sekali. Pasti dia tak segan silu nak nak berbunga.

Lagi satu, pokok bunga raya ni kena cukup cahaya. Kalau tak dapat cukup cahaya memang dia malu sikit nak berbunga.

Jangan lupa intai- intai sikit, kot la ada kulat putih tu, sila lah sembur racun serangga. Kalau tidak... Memang pokok tu segan silu lah nak berbunga. LM dah kena hari tu. duk letak baja pun masih tak mau berbunga. Rupanya sebab serangan kulat apa ntah yang putih tu.

P/s: syafiq dah beransur pulih. Tak teruk lagi batuknya. Ummi.... Ntah, x larat sebenarnya.

www.tips-fb.com

1 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Bunga raya ini kakak pun ada dik. Kalau tempat sejuk memang tahan lama tapi kat rumah kakak ni sehari-dua aje dah kuncup dan gugur. Tapi bunga raya ni tak berhenti berbunga kan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...