Wednesday, May 21, 2014

Tuaian Kucai


Assalamualaikum...

Kucai...



Tadi LM tuai sedikit untuk gorengkan kuew tiau untuk lunch anak- anak syurga di rumah ni tadi.

Tujuan share gambar kucai bukanlah berniat nak tiru sudais yang upload gambar kucai beberapa hari lepas... Hihi. Tujuan utama adalah nak bagi inspirasi buat kalian agar bercucuk tanam. Tanam kucai ni tak renyah, boleh ditanam melalui anak pokok nya (boleh minta pada kawan- kawan yang ada) atau melalui semaian bijinya

Kucai ni tahan serangan ulat. Mungkin sebab bau dia agak kuat ulat tak suka makan daunnya. Kucai yang LM tanam ni adalah dari golongan kucai cina kalau tak silap kerana bunganya berwarna putih.

Siram saja dua kali sehari, baja dua minggu sekali.. Kucai akan hidup subur. Mudah nak buat rencah goreng mee atau kuew tiaw, nak goreng dengan taugeh pun boleh malah nak masak lemak bersama tauhu dan taugeh pun sangat enak.

Kucai mengandungi vitamin B,C dan karotin. Kucai baik bagi mencegah pembekuan darah dalam badan dan katanya ia juga mempunyai antiseptik tersendiri yang boleh membunuh bakteria dalam usus.

Apa yang LM tahu, ramai juga yang mengamalkan mandian daun kucai bagi baby yang menghidap jaundis. Sejuk kucai tu dapat meredakan panas badan baby katanya..itu LM tak taulah kesahihannya..

Tadi borak dengan mak di corong telefon sempat lagi LM mengecek sepasu lagi kucai mak... Kesian mak stress kucainya banyak mati sebab dipatut ayam jiran. Dari dibiar mati sampai dipatut ke ubi kucai baik LM ambil. Betul tak?

P/s: bercucuk tanam selain dapat memberikan hasil kepada kita ia sedikit sebanyak boleh menjimatkan perbelanjaan. Tanam saja dalam pasu jika tiada kawasan untuk diteroka. Nak kucai, daun kunyit, pandan, cili padi, kesom, serai.. Petik saja. Jimat kan?





www.tips-fb.com

4 comments:

anamizu said...Reply To This Comment

wahh Ummi tanam kucai sendiri hehe. haah betol2 tu. jimat dan kita pon konfiden utk mkn sbb kita tau ada racun ke tak ke sbb kita tnm sndiri kan ummi.. terbaek lah Ummi ! :)

Kira Sakura said...Reply To This Comment

betoi kak. kalau takde tanah tanam dalam pasu. kira pun buat gitu dari zaman bujang lagi. bila dah kawen pokok terbiar habis mati pokok kunyit kira.

lepas tue saja letak kat pili air. bila basuh tgn air masuk dalam tanah kt pasu tue.

tup tup dia naik balik kak. alhamdulilah. tak sabar nk guna sebenarnya. hihihi

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Itulah. Kalau rajin bertani mmg ada hasilnya. Hati pun rasa puas.

D.Shahril Hakime said...Reply To This Comment

errmmmm... kucai ni kalo sikit ok pada awok... tapi kalo goreng dengan Mee, Kotio, Bihun...awok cukop tak gemo kucai banyak sangat......

tapi still awok tanam... sebab amcam cik LM cakap le... senang nak jaganya... tak banyak ragam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...