Saturday, May 24, 2014

Youtube Kan Ada-Dil Bole Hadippa

Assalamualaikum...

Hari yang meletihkan..
Perut memang tak sedap sejak pagi. Tapi masih cuba' berlagak okey' menyiapkan tempahan roti. Lepas tu bawa budak-budk ni makan tosei kejap sebelum orang tu datang ambil roti.

Balik tu orang diet atkins ni baru terkial-kial goreng telur untuk buat sarapan sendiri...daku kan tak makan telur half boil tu, kalau tak boleh sarapan kedai mamak tu tadi, uhukk

Lepas pelanggan datang ambil roti terus bawa budak ni ke jusco . Kononnya nak cari cap untuk syafiq tapi takda la pula.. Terus ke daiso cari bahan untuk buat bento anak- anak nanti. Terus tapau kfc dan balik. Letih!

Mengerjakan kain.. Melipat baju dan layan hindustan. Tapi terpaksa pula tinggalkan sebab ada temu janji untuk facial hari ni. Sepanjang tiga jam di sana asik la terkenang cerita tu.. Huwaaa

Balik- balik dah pukul tujuh. Fikir punya fikir memang tak tau apa lah tajuk cerita tadi. Konon malam ni nak hilangkan stress nak menonton drama tapi hampa lagi sebab kat tv3 ada apa ntah orang nyanyi-nyanyi.. Tukar channel lain pun takda cerita menarik.

Melepek dalam bilik layan sakit perut tiba-tiba terkenang cerita siang tadi. Macam-macam keyword LM letak untuk search tajuk cerita tadi. Sebab dia main kriket duk taip kriket, rani mukherjee.. Haa keluar pun tajuk dan full version terus kat youtube.

Mata dah mengantuk.. Happy ending la kan kalau cerita hindustan ni? Hihihi

P/s: LM bukan lah suka tengok hindustan sekarang ni , tapi bila takda cerita nak tengok memang layan hindustan lebih best kot? Layan jiwa.. Lalala

Good night semua. Moga dilindungi Allah sentiasa. Moga sentiasa disayangi dan menyayangi.
www.tips-fb.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...