Tuesday, June 17, 2014

Bersemangat

Salam..

Akibat lewat bangun pagi semalam di hari pertama sekolah, maka sejak petang semalam LM dah bersemangat merancang apa menu sarapan untuk budak- budak ni untuk pagi ini.

Maka malam tadi ke pasar mencari beberapa bahan untuk persediaan memasak. Sebelum tidur dah rendam cili kering siap- siap( akibat cili kisar kehabisan stok).

Pagi ni pukul 5.27 am tersedar terus bangun menggoreng kuew tiaw. Kakak pun dah bangun masa tu, awal kot dia set alarm dia.. Hehe.




Simple saja, taugeh pun tak letak, kalau letak.. Jenuh la budak ni nak asingkan sebelum makan. Ekeke..

Goreng sebungkus saja.. Cukuplah untuk ad, kakak dan ayah dia. Qila sarapan oat saja tadi. LM telur saja dua biji. Budak manja tu sampai sekarang tak bangun lagi.. Plan nak buat kuew tiaw sup saja untuk dia.

Bila sekali dah lewat memang bersemangat lah nak rancang itu ini untuk hari berikutnya agar sempurna dan berjalan lancar. Biasalah tu kan...

www.tips-fb.com

6 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Dah kena sekali tak kan nak kena dua kali pulak kan... itu yg semangat dari malam ye dik:)

Mummydearie said...Reply To This Comment

Selalunya bila dah terkena sekali, memang kita alert lebih sikit. Takut terkena kali kedua :)

Kalau kat rumah saya ni lagi togel, LM. Buang sayur hijau semua. Kalau boleh telur tu pun nak disembunyikan. Kalau si Abang nampak, mahulah mencemik-cemik muka. Kalau buat togel, Daddy pulak yang merungut takda sayur :)

Niesa said...Reply To This Comment

wah..simple je..semangat LM wat sarapan..

ummi aqilah (LM) said...Reply To This Comment

@Kakzakie#formserik kak bangun lambat. Hehe

ummi aqilah (LM) said...Reply To This Comment

@Mummydearie#form kalau mihun pun kena togel. Kalau ada byk carrot atau sawi mmg lah muncung budak2 ni

ummi aqilah (LM) said...Reply To This Comment

@Niesa#formhihi.. Gagahkan diri:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...