Wednesday, June 25, 2014

Cadangan Menu Sepanjang Ramadhan

Menu 1: Gulai Ketam Bersama Timun.

Salam..

Hari ni LM nak share resepi ketam kegemaran keluarga. Kalau masak gulai-gulai macam ni pastilah makan bertambah-tambah seisi keluarga.

Biasanya menu sepanjang ramadhan lebih kurang sama juga dengan bulan biasa. Memang LM masak lauk pauk juga untuk berbuka sebab mudah boleh disimpan untuk bersahur nanti.

Bagi yang sedang tercari-cari menu untuk bulan ramadhan nanti LM share resepi ni sekali ye.



Tu dia.. Timun tu sebenarnya ayahnya yang suka. Kami ni tak pandai pun makan timun dibuat sayur ni.

Resepi mudah ..

Bahan:
1 kg ketam
1 biji kelapa( ambil santan yang pekat secukupnya)
Sebatang timun
Garam
1 asam keping
10-12 biji cili api
3/4 inci kunyit hidup
4 biji bawang merah
2 batang serai

Caranya: tumbuk halus cili api, kunyit hidup dan bawang merah. Masukkan dalam periuk yang telah di masukkan ketam dan timun yang dipotong panjang anggaran 3 inci. Timun dibelah 6 jika besar.

Masukkan santan secukupnya, sekadar paras ketam tadi. Masukkan garam dan serai serta asam keping. Masak dengan api sederhana. Sentiasa kacau kuah jangan sampai meruap.

Bila kuah cukup masak boleh dihidangkan.


Biasanya kalau udang pun LM gemar masak gulai macam ni. Boleh juga dicampur bersama nenas jika tak suka timun.



Menu 2: Sup Cendawan Tiram Bersama Bebola Ikan

Salam..

Kali ni LM nak share resepi sayur ringkas salah satu kegemaran LM. Mudah saja.. Sesuai untuk mereka yang mengejar masa untuk memasak di bulan ramadhan .



Bahan:
Satu paket cendawan tiram(200 gram)
Satu bungkus bebola ikan
Satu biji bawang besar- hiris
Dua ulas bawang putih- ketuk
Setengah genggam ikan bilis- ditumbuk
1/2 sudu teh lada hitam- ditumbuk
Garam
Minyak untuk menumis

Caranya: tumiskan bawang dan bawang putih. Masukkan ikan bilis. Bila dah naik bau masukkan lada hitam, dan air secukupnya. Bila air dah mendidih masukkan bebola ikan dan cendawan. Rasakan garam dan boleh direnehkan hingga masak dengan api yang sederhana perlahan.






Menu3: Rendang Cili Api Ayam Pencen




Salam satu ramadhan.. Dalam tak sihat menyambut ramadhan yang mulia ni LM hanya mampu menghidangkan rendang ayam pencen aka ayam tua untuk keluarga.

Ayam pencen ni sedap dibuat rendang kerana dagingnya tak mudah hancur bila dibuat rendang.

Bahan:
Seekor ayam tua dipotong kecil
11/2 biji kelapa diambil santan yang prkat sahaja
1 1/2inci halia
1 inci kunyit hidup
2 batang serai
7 biji cili api( boleh lebihkan jika suka pedas)
1/2 inci lengkuas ( ketuk sahaja)
1 keping asam keping
2 sudu besar kerisik

Ayam tu LM rebus 30 minit dalam periuk tekanan tinggi( jika tiada boleh rebus ayam selama satu jam dengan api sederhana batu dimasukkan santan. Masukkan cili api yang dikisar bersama kunyit dan halia. Masukkan serai, lengkuas asam keping dan garam. Apa bila kuah dah pekat bolehla masukkan kerisik. Perlahan kan api.

Biasanya proses memasak ayam tua memakan masa 11/2 jam untuk elok empuknya jika tidak menggunakan periuk tekanan tinggi. Maka, jika memilih ayam tua pilih la saiz yang tak terlalu kecil kerana lagi kecil ayam tu biasanya lagi tua dan lagi lama proses memasaknya. Jika tak terlalu tua dalam sejam tu dah masak rendang kita.

Memasak rendang dengan api yang tidak terlalu kuat adalah lebih bagus. Biar lambat asalkan sedap dan cantik masaknya.

Selamat mencuba.
www.tips-fb.com

6 comments:

Mummydearie said...Reply To This Comment

Biasanya letak nenas kalau dengan udanglah tapi kalau ketam ni, gitu je sebab peminat timunnya tiada. Ketam ni memang menggiurkan air liur tau!

Hafizin Jamil said...Reply To This Comment

malas nak ngopeknya kalau makan ketam ni. hehe

Kakzakie said...Reply To This Comment

Iftar makan ketam ok dik tapi kalau sahur boleh tertidur nak mengolah ketam ni hihi...

Suria Lekatlekitgurl said...Reply To This Comment

saya pun puasa suka masak lauk sebab boleh makan untuk sahur sekali. tak payah bgn awal sgt masak sahur. bangun panaskan je

uncle gedek said...Reply To This Comment

makan ketam jari boleh cedera!

haha

Tina Othman said...Reply To This Comment

sedapnya ketam, tapi tak tahan mkn mau alahan teruk

haa biasa mcm tulah, tak pun saya balik keja lambat kan, mlm masak sekali untuk sahur, klu time sahur nak masak takut tak terjaga je

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...