Saturday, June 21, 2014

Kenduri Doa Selamat

Salam...

Tidak merancang dari awal sebenarnya nak buat kenduri doa selamat esok hari. Kejap jadi, kejap tak jadi. Maklum lah dekat nak puasa pastinya setiap malam jumaat pasti penuh dengan jadual kenduri arwah dan sabtu ahad pun sama juga

Kebetulan kami menyelit ambil waktu seelum zohor untuk buat bacaan yasin dan doa selamat berikutan musibah rumah kami dipecah masuk pencuri aka malaun tempoh hari.

Nak tunggu lepas raya untuk kenduri rasanya lama sangat, maka ... Terpaksalah buat kenduri ala kadar dan pastinya diriku chef terhormat untuk kendalikan juadah untuk majlis esok.

Tanpa ayah bonda( negeri johor kerja pada hari ahad) , namun daku kuatkan hati memasak untuk esok. Malam ni siapkan rendang . Esok pagi terus goreng sayur dan masak ayam pula.

Lepas subuh haruslah kami berkejar ke pasar untuk cari ayam dan segala santan semua tu. harap sempat.. Amin!

Debar- debar... Apa pun syukur adik-adik ku semua berkumpul( kecuali yang bongsu) untuk menghulurkan sokongan padu, ecehh.

Doakan majlis kecik kami berjalan lancar ye. Walau pun cuma yang hadir jemaah surau tapi.. Tetap debar takut tak sedap masak ke..tak sempat siap ke. Aduh duh duh..ngeri
www.tips-fb.com

4 comments:

Mrs. Abi said...Reply To This Comment

insyallah, semoga semuanya berjalan lancar... kalau awin ada boleh awin tolong jugak, tapi tolong makan aje lah! hahahahahha


I LOVE YOU!

uncle gedek said...Reply To This Comment

All the best... insya Allah lancar

Kira Sakura said...Reply To This Comment

mesti sedap punyalahhhh ;)

Mummydearie said...Reply To This Comment

Kira ada pengalaman menguruskan kenduri-kendara sendiri tanpa bantuan bonda tersayang. Nasib baik ada adik beradik yang membantu. Kalau tidak, mahu kalut jugakan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...